Trending

Nama Lionel Messi diabadikan pada kompleks sukan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

ANKARA: Persekutuan Bola Sepak Argentina (AFA) mengumumkan pada Sabtu bahawa nama bintang bola sepak Lionel Messi diabadikan pada Kompleks Perumahan Sukan di Ezeiza, lapor Agensi Anadolu.

“Kompleks Perumahan Sukan di Ezeiza mulai hari ini dikenali sebagai Lionel Andrés Messi,” kata Presiden Claudio Tapia dalam majlis pengumuman itu.

Messi yang hadir pada majlis itu turut berterima kasih atas pengiktirafan yang sangat penting baginya.

“Saya berada di hartanah ini sejak 20 tahun lepas dan sejak itu saya merasakan semangat istimewa,” kata Messi yang mengetuai pasukan bola sepak kebangsaan merangkul kejuaraan Piala Dunia ketiga pada Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar. – Bernama

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru