ARTIKEL

Nama pemandu e-hailing, penunggang p-hailing dikumpul untuk vaksinasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Agensi di bawah Kementerian Pengangkutan diarah mengumpulkan nama pemandu e-hailing dan penunggang p-hailing di negara ini bagi tujuan vaksinasi, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata, sebagai sebahagian daripada anggota perkhidmatan barisan hadapan, mereka juga perlu diberi keutamaan dalam pemberian vaksin bagi memastikan keselamatan pemandu, penunggang dan pelanggan.

“Satu perjumpaan maya diadakan hari ini dengan pihak pengurusan syarikat Grab bagi membincangkan progres pemberian vaksin ke atas pemandu e-hailing dan penunggang p-hailing. Sekitar 100,000 pemandu e-hailing dan 50,000 penunggang p-hailing berkhidmat dengan Grab sekarang.

“Seperti diumumkan, proses penjadualan pemberian vaksin bagi pemandu teksi, e-hailing dan penunggang p-hailing sudah bermula dengan kumpulan pertama bakal menerima vaksin membabitkan 41,488 pemandu teksi serta e-hailing serta 11,527 penunggang p-hailing,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, malam tadi.

Ka Siong berkata, beliau memahami sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sektor pengangkutan adalah perkhidmatan perlu yang terus beroperasi 24 jam sehari dalam memastikan kelangsungan hidup rakyat, selain memastikan pergerakan barangan dan penumpang tidak terjejas.

Beliau berkata, Kementerian Pengangkutan juga bekerjasama dengan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam usaha mencapai imuniti kelompok seawal mungkin.

“Saya berharap dengan adanya kerjasama semua pihak, pemandu kenderaan awam di bawah jagaan Kementerian Pengangkutan akan dapat menerima vaksin mereka selewat-lewatnya hujung Ogos nanti,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

Langkah lebih adil, tepati keperluan

KUALA LUMPUR: Komitmen kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel disifatkan menepati keperluan rakyat dan ia langkah lebih adil dalam mengagihkan bantuan kepada golongan

BERITA TERBARU