Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Nanas Sarawak bakal ke luar negara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
sdr

SARAWAK berpotensi menjadi pengeksport utama nanas jenis MD2 yang kini mendapat permintaan tinggi dari luar negara.

Menurut Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Mohd Khairuzamri M Salleh, geografi strategik dimiliki Sarawak lebih dekat terhadap pasaran Asia Timur, berbanding kedudukan Semenanjung, serta mempunyai sumber tanah lebih meluas.

Menurutnya, keluasan tanaman nanas di Sarawak kini mencecah 9,782 hektar dengan jumlah pengeluaran hasil lebih 180,000 tan setahun. Oleh itu, Sarawak dijangka akan memintas Johor, sebagai pengeluar nanas utama negara, kerana sumber dimiliki sangat besar serta pergerakan aktiviti yang dinamik.

Nanas jenis MD2 yang berkualiti tinggi, amat sesuai ditanam di Bumi Kenyalang yang subur dan luas ini, sekali gus mampu memberikan hasil berlipat ganda.

Pembukaan ladang nanas di Sungai Ulu Moyan Asajaya, Samarahan amat tepat, untuk menjadikan Sarawak sebagai pengeluar utama.

Lagi pula ia seiring dengan matlamat Kerajaan Negeri, untuk menjadikan Sarawak sebagai ‘bakul makanan’ di Malaysia. Samarahan antara bahagian di negeri ini yang akan difokuskan serta menjadi tumpuan dalam pembangunan penanaman nanas di samping mendapat sambutan positif daripada para petani moden di negeri ini.

Baca lain  Berwaspada ketika berada di sungai

Usaha tersebut turut menyaksikan para petani proaktif dengan pengendalian ladang secara berkelompok, di samping menerapkan teknologi yang telah diperuntukkan kementerian secara sistematik.

Ladang ini dijangka akan berkembang lebih meluas dan tidak ada masalah dari segi pembekalan benih di kawasan ini kerana asas yang sedia ada sudah cukup untuk membekalkan benih.

Yang pasti tanaman nanas di Sarawak akan lebih melonjak pada masa akan datang sekali gus mampu berdikari dengan tidak lagi bergantung benih produk tersebut dari Semenanjung.

Sarawak kini hanya mengalami isu kekurangan infrastuktur yang lebih baik untuk meningkatkan kemajuan tanaman nanas terutamanya dalam menambah baik kawasan ladang daripada banjir.

Sistem penambahbaikan akan mendedahkan pihak yang terlibat dalam proses untuk mengembangkan penggunaan tenaga solar untuk diterapkan dalam perkembangan penanaman nanas.

Penamanan nanas secara besar-besaran adalah selaras dengan matlamat Kerajaan Sarawak yang mempergiatkan sektor pertanian sebagai antara nadi ekonomi negeri.

Ini bermakna, Sarawak bukan sahaja akan membekalkan sumber pertanian mencukupi untuk penduduk sendiri, tetapi juga sebagai bekalan penduduk di luar Sarawak.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru