ARTIKEL

Nangka United kekal rekod cemerlang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
KEKAL CEMERLANG…Barisan pemain Nangka United.

KUCHING: Skuad serba mantap, Nangka United berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sekali gus menyaksikan mereka mengungguli tangga teratas Kumpulan D, Liga Bola Sepak Zon Tengah Sarawak 2022.

Setakat ini menggumpul enam mata, mengatasi Landas di tangga kedua dengan tiga mata dan Fourtynine Ngemah yang masih gagal mencatat kemenangan sekali gus berada dikedudukan tercorot.

Hujung minggu lalu, Nangka United yang dibimbing bekas pemain pertahanan Sarawak, Roziman Ramblie berjaya mengecewakan Landas dengan kemenangan tipis (1-0).

“Kita masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas melalui dua perlawanan setakat ini. Paling mencuri tumpuan perlawanan menentang seteru rapat (Landas) hujung minggu lalu,” ujar Roziman kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut beliau, para pemain telah memperaga aksi yang cukup hebat sepanjang perlawanan tersebut meskipun diberi tentangan sengit.

Nangka United dan Landas turut diperkuat oleh barisan pemain yang pernah menyarung jersi pasukan Sarawak United FC (SU FC) dan Kuching City FC (KC FC).

Beberapa perlawanan lain turut berlangsung hujung minggu lalu. Kejutan luar jangkaan dilakukan Machan FC yang berpesta gol membelasah Selangau District FC (14-0).

Sambil kemenangan selesa (2-0) dicatat Bukit Goran keatas Pelawan FC. Manakala, kemenangan tipis (1-0) turut dicatat SD FC ke atas Fourty Three. Selain kemenangan (1-0) turut dicatat Igan FC ke atas STR N.46.

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan