ARTIKEL

CHAMBAI (tengah) bersama empat pasukan terbaik yang mengungguli pertandingan tersebut.

Nanta jadi ‘Tuai Pengabang’ Malam Pra-Gawai Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dijangka akan menjadi ‘Tuai Pengabang’ (tetamu kehormat) pada Majlis Makan Malam Pra-Gawai Peringkat Bahagian Sibu pada 25 Mei ini.

Majlis yang dianjurkan bersama oleh Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu, Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Sibu, Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Sibu dan Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA) Sibu ini akan diadakan di Hotel Kingwood, Sibu jam 6.30 petang.

Pengerusi SDNU Sibu, Chambai Lindong berkata, setakat ini sebanyak 144 meja disediakan untuk majlis tersebut.

“Bagaimanapun, kesemua tiket meja tersebut telah habis dijual dalam masa dua minggu sahaja.

“Kita menjangkakan majlis tahun ini lebih meriah apabila acara tumpuannya pertandingan Kumang Gawai akan diadakan setelah lama kita tidak menganjurkannya,” jelas beliau ketika ditemui pada Majlis Penutupan Pertandingan Badminton Piala SDNU Sibu 2024, semalam.

Beliau berkata, tahun ini SDNU Sibu akan meraikan Sambutan Jubli Emas sempena 50 tahun penubuhannya di Sibu pada 7 Disember ini.

“SDNU Sibu mula ditubuhkan serta didaftarkan di Sibu pada 7 Disember 1974 dan tahun ini adalah ulang tahun ke-50.

“Oleh itu, pelbagai aktiviti dan program akan diadakan sempena sambutan tersebut kelak,” jelas Chambai.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)