ARTIKEL

Nasi Lemak Antoo jadi pilihan pelanggan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

NASI lemak merupakan kombinasi antara nasi dengan santan kelapa yang memberi rasa berlemak, sambal yang rasa pedas manis, kacang goreng, bilis dan ditambah dengan hirisan timun untuk sentuhan seimbang.

Di sebalik kelazatan setiap hidangan ini, ada pemilik kedai yang kreatif mewujudkan keunikan rasanya tersendiri.

Buat peminat hidangan ini, Nasi Lemak Antoo merupakan antara gerai yang wajib untuk dikunjungi. Kedai Nasi Lemak Antoo ini terletak di Taman Desa Ilmu Lorong 4, Kota Samarahan dan dibuka 24 jam pada setiap hari.

Pemiliknya, Harfee Hamid, 58, dan pasangannya, Hasmah Mos, 47, berkata keunikan nasi lemak mereka ialah sambal yang dibuat tidak menggunakan belacan tetapi sebaliknya digantikan dengan ikan bilis yang dikisar sehingga hancur.

“Setiap peniaga mempunyai nasi lemak dengan cara tersendiri.

“Seperti resipi Nasi Lemak Antoo, kami turut menambah perisa halia, bawang putih dan daun pandan untuk aroma lebih memukau,” kata Harfee.

Ditanya pada awal permulaan peniagaan, menurut Harfee nasi lemak mereka dihantar ke gerai tepi jalan dan juga kios di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan bermodalkan RM70. Namun akhirnya, mereka sepakat untuk berniaga di depan rumah dan menjual nasi lemak yang sudah siap dibungkus.

Harfee berkata, sebelum ini mereka beroperasi dari 4 petang hingga 12 malam dan tidak menyangka mendapat sambutan luar biasa.

“Kami kemudian mengambil keputusan untuk beroperasi selama 24 jam dengan penggiliran bekerja sebanyak tiga kali sehari.

“Setiap penggiliran adalah selama lapan jam dan jumlah pekerja adalah seramai empat orang pada setiap penggiliran bekerja” tambahnya.

Menurut pasangan itu, asal nama kedai itu bukan mereka yang wujudkan tetapi sebaliknya pelanggan setia yang memberikan idea untuk nama kedai tersebut.

“Sejak itu, kami sepakat menggunakan nama Nasi Lemak Antoo sebab di bahagian Kota Samarahan jarang orang berniaga sampai pagi.

“Dari situ, wujud Nasi Lemak Antoo yang istimewanya dinamakan oleh pelanggan kami sendiri,” katanya.

Sementara Hasmah berkata, antara menu popular Nasi Lemak Antoo ialah nasi lemak ayam goreng dan kini turut memperkenalkan menu tambahan iaitu nasi lemak ayam masak merah dan nasi lemak ayam rendang.

Menu tambahan itu turut mendapat sambutan dalam kalangan pelanggannya yang gemar membeli nasi lemak berlauk.

“Selain mengenyangkan, nasi lemak berlauk mempunyai kombinasi dan tekstur yang berbeza,” katanya sambil menambah, selain nasi lemak, gerai itu turut menjual bubur dan mi kolok.

Nasi Lemak Antoo juga boleh didapati menerusi aplikasi foodpanda, GrabFood dan Misi Sarawak.

“Dengan adanya aplikasi ini, pelanggan tidak perlu berbaris untuk membeli nasi lemak, sekali gus menjimatkan masa bagi pelanggan yang sibuk bekerja,” katanya. Ditanya perancangan pada masa hadapan, Harfee dan Hasmah memasang cita-cita untuk menambah cawangan lain jika mempunyai modal mencukupi kelak.

“Kami juga berharap untuk meluaskan lagi Nasi Lemak Antoo ke kawasan lain di seluruh Sarawak pada suatu hari nanti,” kata pasangan itu yang turut menzahirkan rasa syukur kerana walaupun tidak sehebat peniaga lain, tetapi masih berpeluang menyediakan pekerjaan kepada orang lain

. “Itulah antara matlamat utama kami membuka perniagan Nasi Lemak Antoo di depan rumah, selain menyediakan makanan terbaik untuk pelanggan dengan harga berpatutan,” tambahnya.

Menurut pasangan itu walaupun perjalanan memulakan perniagaan tidak selalunya lancar, tetapi dengan tekad yang tinggi, kreativiti dan ketekunan ia pasti dapat mengatasi cabaran mendatang serta meraih kejayaan dalam dunia perniagaan.

| Artikel Ini Ditulis Oleh Pelajar Daripada Program Komunikasi Strategik Di Fakulti Pendidikan, Bahasa Dan Komunikasi, UNIMAS.

LAIN-LAIN BERITA

Orchidmas sasar eksport orkid

KUCHING: Orchidmas International LLC, anak Syarikat Orchidmas Sdn Bhd yang berpangkalan di Putrajaya menyasarkan untuk mengeksport orkid Malaysia ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE),

TNB guna kenderaan elektrik

KUALA LUMPUR: Syarikat tenaga terkemuka Malaysia, Tenaga Nasional Bhd (TNB) komited kepada peralihan tenaga yang pantas dan bertanggungjawab, akan menggantikan 30 peratus daripada kenderaan operasinya

BERITA TERBARU

Bakih strategik KGC deka ditambah

SARIKEI: Opis Menteri Pemansang Indu, Nembiak Mit enggau Pengelantang Komuniti Sarawak (KPWK) benung chakah ngatur pengawa sida ngambi mayuh agi premis nerima Kenyalang Gold Card

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,