Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Nasib malang jalankan aktiviti perjudian dalam talian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Dua lelaki tempatan masing-masing dijatuhi hukuman denda RM10,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan terlibat aktiviti judi dalam talian.

Tertuduh Ibnu Umar, 25, dan Afizzie, 38, masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Berdasarkan pertuduhan, Umar didakwa mengendalikan mesin judi menggunakan sebuah telefon pintar di hadapan pasar raya di Gita, sekitar jam 2.30 petang, 13 Febuari lepas.

Manakala, Afizzie didakwa terlibat dalam mengendalikan mesin judi menggunakan telefon pintar dalam sebuah premis makanan, di Jalan Samarak, Petra Jaya, kira-kira jam 2.30 petang, 22 Januari lepas.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 dan penjara tidak melebihi lima tahun, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, Umar berjaya ditangkap dalam satu serbuan dan intipan pihak polis di tepi jalan berhadapan sebuah pasar raya di Gita, kira-kira jam 2.30 petang, 13 Febuari lepas.

Telefon pintar milik tertuduh turut dirampas sebagai barang kes.

Selain itu, tertuduh kedua(Afizzie) berjaya ditangkap oleh pihak polis dalam satu serbuan Ops Dadu di sebuah premis makan di Jalan Samarak, Petra Jaya, Januari lepas.

Semasa serbuan, pihak polis telah merampas sebuah telefon pintar yang dipercayai digunakan untuk judi dalam talian dan wang tunai RM150.

Pendakwaan kes kendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Rogayah Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk