CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Nasihat sambut Aidilfitri Berhenti sebelum kenyang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Awasi makan juadah berlebihan pada Aidilfitri

Sambutan Aidilfitri yang menjelang tiba tidak lama lagi, dinanti-nanti seluruh umat Islam. 

Jamuan dan pelbagai aneka juadah sinonim dengan perayaan yang diraikan sempena hari kemenangan umat Islam berpuasa sepanjang Ramadan ini. 

Di sebalik kemeriahan menyambut perayaan utama masyarakat Islam di negara kita, pengambilan makanan secara sihat dan secara sederhana hendaklah dipandang penting.

Juadah yang disediakan ketika perayaan dapat dikatakan tinggi kandungan kadar gulanya, berminyak dan banyak lemak. 

Juadah Aidilfitri sememangnya sedap dan menyelerakan. Namun, pengambilan juadah yang tidak sihat dan berlebihan ini mampu menyebabkan berlaku komplikasi kesihatan terutama terhadap penghidap sakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis. 

Natijah menikmati jamuan perayaan yang beraneka macam ini, bahkan turut menyumbang kepada pengambilan kalori melebihi kadar sewajarnya. 

Ini menyumbang kepada peningkatan berat badan tidak sihat dan meningkatkan risiko masalah kesihatan. 

Keinginan merasai pelbagai hidangan ketika aktiviti kunjung-mengunjung rumah ahli keluarga serta jiran tetangga menyebabkan tiadanya kawalan dan jadual pemakanan yang teratur. 

Baca lain  Gelombang baharu Covid-19, dijangka decah 65 juta

Perkara ini jangan dipandang ringan, lebih-lebih lagi, rata-rata masyarakat negara kita menyambut perayaan ini sepanjang Syawal.

Sebagai pengamal kesihatan yang pernah bertugas sekejap di hospital awam, saya mendapati jumlah pesakit mendadak naik menjelang waktu perayaan. 

Kebanyakan klien memaklumkan sebelum mengalami komplikasi kesihatan, mereka kurang bijak mengatur diet dan mengabai mengawal jenis makanan yang diambil ketika menyambut perayaan bersam-sama keluarga. 

Saya menyeru semua pihak meningkatkan kesedaran mengambil pemakanan sihat dan dalam kadar yang sederhana menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

Umum tahu, makanan yang tinggi kadar gula, berlemak dan berminyak tidak sihat, tetapi ramai yang tidak mampu mengawal dan mengamalkan pemakanan seimbang. 

Langkah terbaik mencegah komplikasi penyakit kronik seperti darah tinggi, obesiti dan kencing manis adalah melalui pemakanan yang seimbang dan terkawal. 

Sesungguhnya mencegah lebih baik daripada merawat. 

Masalahnya, ramai yang kurang mengambil tindakan mencegah. Malah, jenis makanan yang tidak sihat itu yang sering diwar-warkan dan tular dalam kalangan masyarakat.

Sebagai perayaan utama yang disambut oleh umat beragama Islam, pengambilan makanan secara berlebihan dan tidak sihat itu, sememangnya tidak dianjur oleh Islam itu sendiri. 

Baca lain  KOLESTEROL TINGGI punca STROK, SAKIT JANTUNG

Kesederhanaan dan menjaga kemaslahatan diri keutamaan dalam ajaran Islam. 

Tindakan mengikut hawa nafsu seperti melayan nafsu makan berlebihan, harus dielak. 

Cukup dengan bersederhana, elak pembaziran dan selalu beringat agar jauhi sikap menzalimi tubuh sendiri ketika terasa ingin menambah jumlah makanan di pinggan ketika menziarahi rumah terbuka keluarga dan sahabat handai Aildilfitri nanti. 

Keberkatan Syawal pasti lebih terasa tanpa diiringi komplikasi penyakit.

Lebih elok lagi, jika setiap hari selepas setiap juadah berat diambil, hendaklah diselangi dengan aktiviti fizikal dan senaman untuk membakar kalori serta lemak. 

Kita perlu ada kesedaran untuk mengawal makanan yang diambil dan tahu untuk berhenti sebelum terlalu kenyang. 

Amalan pemakanan tidak sihat menyebabkan anggota badan lesu, berangin dan loya, seterusnya berisiko tinggi mendapat penyakit berbahaya.

Harus kita berusaha mengelak mengambil makanan berlebihan ketika perayaan nanti, termasuk mengurangkan pengambilan makanan jenis diproses dan memilih makanan sihat sahaja. 

Jika anda buntu bagaimana dapat memulakan langkah bijak ini, dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan bertauliah.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru