Navara bertembung Avanza, seorang cedera di Bintulu

BINTULU: Seorang lelaki cedera apabila kenderaan dinaikinya terlibat kemalangan sekitar di Batu 6 Jalan Nyabau, kira-kira 1.42 tengah hari tadi.

Difahamkan kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta Navara bertembung kenderaan jenis Toyota Avanza.

Menurut maklumat awal kejadian, mangsa, Ting Teck Ching, 63 maih tersekat dalam kenderaan manakala pemandu Nissan tidak mengalami kecederaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Bintulu, PBK II Winston Tan berkata pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit bagi mengeluarkan mangsa daripada kenderaan tersebut.

“Pihak bomba terpaksa menggunakan peralatan khas ‘Kendrick Extrication Device’ untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa tersepit mengalami kecederaan di dada manakala mangsa kedua tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, mangsa seterusnya diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) bagi tindakan lanjut.

Katanya, seramai sembilan anggota bomba serta Polis Diraja Malaysia turt terlibat dalam operasi.

Operasi menyelamat pihak bomba berakhir sekitar jam 2.30 petang.

Kedua-dua kenderaan mengalami remukan serius di bahagian depan kenderaan masing-masing

Suara Sarawak