ARTIKEL

Foto: BERNAMA

Nazri angkat sumpah Adun Simpang Jeram

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISKANDAR PUTERI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram Nazri Abdul Rahman hari ini mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Yang Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.

Majlis angkat sumpah diadakan di hadapan Speaker DUN Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sambil disaksikan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan ADUN Johor yang lain.

Terdahulu, Mohd Puad yang juga ADUN Rengit merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub atas pemergian beliau pada 23 Julai lepas.

“Sama-samalah kita doakan beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Bagi yang beragama Islam marilah kita sama-sama membaca al-Fatihah dan bagi mereka yang bukan beragama Islam, berdiri bertafakur selama satu minit,” kata beliau ketika berucap sebelum bermulanya persidangan, hari ini.

Mohd Puad turut mengucapkan tahniah kepada bekas Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat dan Nazri, atas kejayaan masing-masing memenangi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 9 Sept lepas.

Nazri, 56, memenangi kerusi DUN Simpang Jeram dengan majoriti undi 3,514, menewaskan Dr Mohd Mazri Yahya daripada Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas S. Jeganathan.

PRK Pulai dan Simpang Jeram diadakan susulan kematian Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Amanah. – BERNAMA

BERITA LAIN

PKR Kelantan wujudkan NGO Anak Muda MADANI

PASIR MAS, Kelantan: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan akan membentuk satu badan bukan kerajaan (NGO) khas yang dikenali sebagai Anak Muda MADANI bagi menyantuni golongan

BERITA TERBARU