ARTIKEL

NCCIM anjur Forum Ekonomi Kebangsaan 2024 pada 9 Mei depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) akan menganjurkan Forum Ekonomi Kebangsaan (NEF) 2024 pada 9 Mei depan di Hotel One World di Petaling Jaya, Selangor.

Dalam kenyataannya hari ini, NCCIM berkata forum itu akan dirasmikan oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Bertemakan ‘Strategic Innovation and Global Alliances: Propelling Malaysia to the Forefront of the Global Economy,’ NEF 2024 akan menghimpunkan sehingga 800 pemimpin pelbagai sektor bagi menyertai perbincangan kritikal yang turut membantu membentuk landskap ekonomi Malaysia.

Forum itu turut mengetengahkan tiga panel perbincangan melibatkan panelis dan perantara dalam topik seperti transformasi ekonomi dan hala tuju strategik bagi Malaysia menjadi kuasa peneraju berdaya saing di pentas global.

Acara itu disokong oleh usaha kolektif lima konstituen NCCIM iaitu Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM); Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM); Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI); Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) dan Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) yang mewakili keahlian sebanyak 750,000 orang. — BERNAMA

BERITA LAIN

Muzium Sarawak jalin dengan Jabatan Pendidikan

KUCHING: Jabatan Muzium Sarawak dan Jabatan Pendidikan negeri menjalinkan kerjasama dalam usaha memupuk minat anak muda menghargai dan menghayati sejarah negeri itu. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif

127,295 orang bekerja sendiri mendaftar SKSPS

BUKIT MERTAJAM, Pulau Pinang: Golongan bekerja sendiri digesa mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kerana ketika ini hanya 27.56 peratus atau 127,295 orang, daripada

Isu DNB diputuskan minggu depan – Anwar

SHAH ALAM, Selangor: Isu berhubung dakwaan bahawa Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman akan diputuskan kerajaan pada minggu depan, kata Perdana Menteri

BERITA TERBARU