Trending

NCIA promosi peluang pelaburan di NCER pada LIMA’23

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

LANGKAWI: Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) akan mempromosikan peluang pelaburan dalam sektor aeroangkasa, maritim dan semikonduktor di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23).

Ketua Eksekutif NCIA Mohamad Haris Kader Sultan berkata acara itu yang merupakan salah satu pameran maritim dan aeroangkasa terbesar di Asia Pasifik menarik pelbagai  profesional industri, pihak berkepentingan dan pelabur dari seluruh dunia.

Beliau berkata ia menyediakan platform yang sangat baik untuk NCER mempromosikan insentif kompetitif, dasar dan peraturan yang menggalakkan pelaburan di wilayah utara.

Selain itu ia turut mempromosikan cukai pelaburan, tenaga kerja, insentif teknologi dan peluang lain kepada pelabur.

“Kami teruja untuk menyertai LIMA’23 dan membuka peluang pelaburan serta insentif yang ditawarkan NCER.

Penyertaan NCER menggariskan komitmen rantau ini untuk menggalakkan pembangunan ekonomi melalui perkongsian strategik dan kerjasama,” katanya dalam satu kenyataan.

NCER, satu inisiatif pembangunan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi di wilayah utara Semenanjung Malaysia, bertujuan untuk menarik pelaburan berimpak tinggi dan berkualiti tinggi baharu sambil memupuk teknologi dan inovasi dalam industri utama, katanya.

Lokasinya, tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan infrastruktur logistik yang komprehensif menjadikan NCER destinasi ideal kepada perniagaan yang ingin berkembang.

“Sebagai peserta dalam LIMA’23, NCIA akan memperlihatkan potensi lokasi strategiknya, yang menawarkan ketersambungan dan akses yang sangat baik ke pelabuhan laut dan lapangan terbang utama di rantau ini.

Ini menjadikannya lokasi yang ideal untuk perniagaan menubuhkan operasi dan berhubung ke pasaran global.

“Selain itu, NCER mempunyai pelan pembangunan infrastruktur yang komprehensif termasuk penambahbaikan lebuh raya, lapangan terbang dan pelabuhan, menjadikannya destinasi menarik bagi pelabur yang ingin menerokai pasaran Asia Tenggara yang semakin berkembang,” katanya.

Mohamad Haris berkata NCER mempunyai tenaga kerja mahir dan ekosistem penerbangan dan aeroangkasa yang semakin berkembang, dengan universiti, institusi penyelidikan yang menyokong inovasi dan penyelidikan dalam sektor utama seperti aeroangkasa.

Beliau berkata ini adalah peluang terbaik bagi pemain industri untuk mengetahui lebih lanjut mengenai insentif pelaburan di rantau ini dan meneroka kemungkinan perniagaan yang berpotensi dalam sektor aeroangkasa, maritim dan penerbangan. – BERNAMA

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru