ARTIKEL

Negara anggota ASEAN sedia bantu Malaysia, rakan serantau tangani isu beras – Mohamad

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Negara anggota ASEAN bersepakat untuk memberi kerjasama kepada Malaysia dan mengutamakan rakan negara serantau  dalam membantu isu berkaitan makanan yang dihadapi negara masing-masing termasuk isu kekurangan beras.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata keputusan itu dinyatakan menerusi Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45 yang berlangsung di sini, sejak  2 Okt lepas dan melabuhkan tirainya hari ini.

“Kerjasama antara ASEAN misalnya kalau kita menghadapi masalah beras, negara anggota ASEAN akan mengutamakan sesama ASEAN terlebih dahulu. Vietnam, Kemboja dan Thailand juga menyatakan sebarang permintaan baharu penambahan import dan sebagainya, mereka akan mempertimbangkan.

Begitu juga hubungan kita dengan China, tadi pihak kastam China hendak mencari jalan bagaimana mempermudahkan dagangan antara ASEAN dengan China. Begitu juga Jepun dan Korea Selatan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan mesyuarat dan pertemuan bersama Kemboja dan China sempena AMAF hari ini.

Mengulas mengenai sesi AMAF yang berlangsung selama lima hari itu, Mohamad berkata mesyuarat berkenaan telah berlangsung secara lancar serta mengikut agenda yang dijadualkan dan merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakannya.

Malaysia menjadi tuan rumah AMAF ke-45, dalam usaha memperkukuhkan kedudukan ASEAN sebagai “bakul makanan dunia” selain memacu kerjasama lebih erat antara negara anggota bagi memelihara keterjaminan makanan di rantau ini.

Ia disertai negara anggota ASEAN yang terdiri dari Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam bersama China, Jepun dan Korea Selatan.

— BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Mesyuarat mingguan hingga 20 Mac selesai isu padi, beras

KUALA LUMPUR: Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta majlis itu

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim