CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Nelayan ditahan terlibat dadah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MUKAH: Seorang nelayan berusia 26 tahun ditahan pihak polis kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan yang dilakukan di rumahnya di Kampung Petanak Hilir Mukah.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Jimmy Panyau, pada Selasa lalu (13 April 2021), serbuan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah pada jam 9.15 pagi.

“Hasil serbuan kita telah menahan seorang lelaki yang berada di dalam sebuah bilik di rumah tersebut.

“Pemeriksaan lanjut kita telah merampas satu keratan tiub straw berwarna merah berisi ketulan kristal yang disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan berat kasar 0.07 gram di selit pada pembalut kotak rokok,” katanya kepada Suara Sarawak

Dedahnya lagi suspek kini telah ditahan dan dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah untuk siasatan lanjut.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek juga turut didapati positif dadah.

“Suspek disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Baca lain  Projek RES perais Krismas ngagai Rh Boonie, Ulu Pasai Siong

“Suspek di reman selama empat hari bermula dari 14 April 2021 sehingga 18 April 2021 untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru