ARTIKEL

LOKASI... Para anggota yang terlibat SAR mencari mangsa dipercayai dibaham buaya melihat di sekitar kawasan lokasi kejadian.

Nelayan masih hilang, dikhuatiri dibaham buaya gergasi di Sri Aman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Seorang lelaki berusia 32 tahun dilaporkan disambar seekor buaya gergasi ketika menangkap ikan di tebing sungai Semeruang, Bangkong kira-kira jam 5 petang semalam (Isnin).

Jurucakap Pusat Gerakan Bomba Sarawak mengesahkan insiden dilaporkan oleh tiga rakan yang turut turun menangkap ikan bersama mangsa di lokasi kejadian.

“Kejadian melibatkan seorang mangsa lelaki telah disambar buaya jam 5 petang di mana beliau bersama tiga orang rakannya sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di tebing sungai berkenaan.

“Jarak rumah panjang dari lokasi kejadian dianggarkan mengambil masa 40 minit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan kes, satu tindakan operasi khas mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan tiga jumpulan dalam usaha mencari mangsa telah digerakkan seawal jam 9 pagi tadi.

Komander Operasi, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman PPgB Muhammad Adam Amran berkata, seramai lapan anggota daripada BBP Sri Aman telah terlibat.

“Operasi turut melibatkan agnensi lain iaitu tiga anggota daripada polis, lima anggota APM dan kira-kira seramai 20 orang warga kampung,” katanya.

Setakat berita ditulis, tiada sebarang kesan penemuan mangsa dilaporkan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU