Trending

Nelayan terkena strok di Kuching berjaya dibawa pulang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seorang nelayan lelaki yang mengalami strok ketika belayar di perairan Pulau Burong berjaya dibawa pulang menerusi pelayaran ihsan oleh Kapal Maritim Mengalum sekitar jam 1.30 pagi, pada Selasa.

Timbalan Pengarah Maritim Sarawak Kapten Zin Azman Md Yunus berkata, aset KM Mengalum itu terus diatur gerak sebaik sahaja laporan berkaitan insiden diterima dari Pusat Operasi(PUSOP) Maritim Sarawak pada jam 8.15 petang Isnin.

Dedahnya, kejadian dilaporkan oleh salah seorang rakan baik mangsa setelah mendapat panggilan daripada tekong bot nelayan menyatakan mangsa tiba-tiba rebah disyaki terkena serangan strok.

“Mangsa berjaya diambil lebih kurang 20 batu nautika dari jeti Angkatan Pertahanan Maritim Malaysia(APMM), Komtas.

“Setibanya di jeti mangsa telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan awal sebelum di bawa ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut,” jelasnya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Beliau dalam pada itu menegaskan pihaknya sentiasa bersedia dalam memberikan bantuan kecemasan dan pelayaran ihsan kepada komuniti maritim.

“Ia merupakan antara peranan Maritim Malaysia.

“Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang kemalangan atau kecemasan di laut masayarakat boleh menyalurkan maklumat terus kepada Pusat Operasi di talian 082-432544 atau MERS 999 yang beroperasi selama 24 jam,” ujarnya lanjut.

 

SELAMAT… mangsa selamat tiba di jeti Komtas sebelum diserahkan kepada pihak KKM untuk dibawa ke Hospital Umum Sarawak

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru