Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Nespreso perkenal mesin kopi terbaharu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Perintis kopi terkenal dengan espreso berkualiti tinggi iaitu Nespresso memperkenalkan sistem pembuatan kopi Vertuo baharu di Malaysia.

Dipacu oleh mesin kopi Nespresso Vertuo Next yang serba canggih, mesin ini dikuasakan oleh teknologi Centrifusion™ yang inovatif.

Sistem identifikasi kapsul, Nespresso Vertuo turut menawarkan 37 campuran kopi dan asal tunggal dalam enam saiz cawan berbeza buat penggemar kopi untuk menikmati detik-detik kopi yang diubah suai.

Nespresso Vertuo Next turut dilengkapi dengan satu sentuhan butang yang ringkas dan sistem identifikasi kapsul.

Kod bar unik pada setiap kapsul melaraskan aliran dan isi padu air, suhu, masa infusi dan putaran kapsul untuk menciptakan pengalaman kopi terbaik dan menghasilkan kopi yang sempurna buat anda pada setiap masa.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Nespresso Malaysia, Floriane Novello berkata dengan memperkenalkan sistem Vertuo di Malaysia, pihaknya memperluaskan pilihan kopi di rumah buat penggemar kopi.

“Ia menyampaikan momen kopi yang diubah suai semula dengan kualiti luar biasa dan seragam daripada setiap cawan Nespresso.

Baca lain  Majlis Pekerjaan Negara fokus wujudkan 500,000 peluang pekerjaan - Muhyiddin

“Selain teknologi pembuatan yang inventif, penggemar kopi dapat menikmati saiz baharu untuk pengalaman rasa Nespresso yang lebih meluas,” katanya dalam satu kenyataan.

Nespresso Vertuo Next memberi mereka kopi gaya kafe yang dibuat di rumah, dengan kualiti sama membuatkan Nespresso dikenali.

Ia membolehkan penggemar kopi mencipta 37 cawan kopi yang luar biasa dalam enam saiz hidangan iaitu Carafe Pour-Over Style (535ml), Alto (414ml), Mug (230ml), Gran Lungo (150ml), Double Espresso (80ml) dan Espresso (40ml) yang semuanya dilengkapkan dengan krim krema khas Nespresso.

Kapsul saiz berbeza pula disesuaikan dengan variasi saiz cawan kopi dengan setiap satu diadun dan dipanggang dengan teliti untuk memberikan pengalaman kopi berkualiti.

Jika penggemar kopi ingin menarik perhatian rakan-rakan mereka ketika sarapan atau mencari minuman espreso pantas sepanjang hari, Vertuo Next menawarkan kepelbagaian untuk setiap cita rasa dan saat.

Daripada espreso yang pekat dan berbadan penuh hingga ke Long Black yang berperisa buah-buahan dan berbadan ringan, Nespresso Vertuo Next mempunyai semuanya.

Baca lain  BKSS 9.0: Teruja tunggu berita gembira

Sistem terbaharu ini membawa 37 kapsul kopi beraroma dan berperisa dalam koleksi Espreso, iaitu Long Black, Barista Creations dan Craft Brew untuk memastikan terdapat cawan kopi yang sempurna untuk setiap cita rasa.

Cara terbaik untuk menghargai kopi adalah dengan meminumnya daripada cawan kaca untuk menikmati krema pekat dan lembut.

Peminum kopi yang berpengalaman dapat meningkatkan pengalaman kopi yang diubah suai dengan menambah aksesori kopi bergaya Nespresso Vertuo ke dalam koleksi mereka.

Sistem Nespresso Vertuo yang baharu ini kini tersedia di semua kedai Nespresso Malaysia di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.nespresso.com. my, atau ikuti halaman media sosial di Instagram @nespresso.my dan Facebook @Nespresso.MY.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru

Kenali sindrom Tourette

Menurut perkongsian KKM di Facebook, Sindrom Tourette melibatkan pergerakan berulang

Mayuh kaki, jari

NEW DELHI: Siku nembiak mit ti ada ba nengeri Uttar