Trending

Netanyahu jalani pembedahan pasang perentak jantung

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

TEL AVIV: Sejurus sebelum undian mengenai rombakan rang undang-undang kehakiman di Parlimen, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kini menjalani pembedahan untuk memasang perentak jantung, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

“Saya dalam keadaan baik, tetapi saya mendengar nasihat doktor,” kata Netanyahu dalam mesej video yang disiarkan pada awal pagi Ahad.

Pembedahan itu akan dilakukan di Hospital Sheba dekat Tel Aviv, menurut kenyataan itu.

Netanyahu, 73, sebelum ini dimasukkan ke hospital kerana dehidrasi dan dipasang dengan alat pemantau jantung.

Perdana menteri Israel itu berkata bahawa peranti itu telah berbunyi pada petang Sabtu, bermakna pembedahan perlu segera dilakukan.

Netanyahu dijangka dibenarkan keluar dari hospital pada petang Ahad dan akan hadir untuk pengundian mengenai pembaharuan kehakiman.

Netanyahu telah dimasukkan ke hospital beberapa kali pada masa lalu kerana masalah kesihatan. – BERNAMA

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru