ARTIKEL

New Sarawak Tribune antara penaja Malam Wartawan Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: New Sarawak Tribune (NST) tersenarai sebagai penaja utama Malam Wartawan Malaysia 2023 dan Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2022, yang bakal berlangsung pada 9 Jun depan.

Selain NST, individu dan organisasi yang turut menghulurkan sumbangan ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Kerajaan Negeri Sabah, Menteri Pengajian Tinggi dan organisasi media lain.

Pengerusi Malam Wartawan Malaysia 2023 (MWM 2023) Datuk Dr. Chamil Wariya berkata, terdapat juga tujuh organisasi korporat dan sebuah yayasan yang buat pertama kalinya memberi sumbangan dan tajaan bagi menjayakan program berkenaan.

“Secara kolektif bagi tahun ini,  Institut Akhbar Malaysia, MPI menerima sumbangan bernilai RM475,000.

Itu tidak termasuk sebanyak RM300,000 yang kami terima dari PETRONAS selaku penaja hadiah wang tunai kepada para pemenang HKM MPI PETRONAS 2022.

“Sumbangan itu ada yang dalam bentuk pembelian meja bernilai RM40,000, RM20,000, RM10,000 dan RM7,500 dan bukan pembelian meja dalam bentuk sumbangan kewangan,” katanya ketika berucap pada majlis meraikan penaja dan penyumbang MWM 2023 di Hotel Majestic di sini, semalam.

Beliau berkata, semua kutipan tersebut, seperti tahun-tahun sebelumnya akan digunakan untuk menjayakan satu majlis yang bertujuan mengiktiraf kerja-kerja terbaik dalam dunia kewartawanan – di alam nyata dan di alam maya sesuai dengan landskap baharu media di negara ketika ini.

Malam Wartawan Malaysia, adalah program tahunan anjuran MPI yang pertama kali diadakan pada 16 September 1981 untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia yang mula diperkenalkan pada tahun 1980 iaitu 43 tahun yang lalu.

Beliau menjelaskan, secara keseluruhannya, pihak urus setia  menerima 386 penyertaan bagi HKM 2022 dan terdapat pertambahan 33 penyertaan berbanding tahun sebelumnya. 

Antara kategori yang mengalami peningkatan bilangan penyertaan adalah kategori Infografik Terbaik dengan  pertambahan 19 penyertaan iaitu 31 penyertaan, kategori Rencana Cemerlang dengan kenaikan 12 penyertaan iaitu 50 penyertaan, serta kategori Wartawan Muda A. Samad Ismail dengan peningkatan 11 penyertaan iaitu 31 penyertaan. Kategori Tokoh Wartawan Negara dan Tokoh Media meningkat kepada satu penyertaan setiap kategori.

“Sebanyak 44 organisasi media bersaing untuk memenangi hadiah-hadiah utama HKM 2022 iaitu Hadiah Kajai dengan nilai wang hadiah RM 30,000 serta hadiah emas RM 10,000 bagi 15 kategori. Ditawarkan juga hadiah perak bernilai RM 1,500 dan hadiah gangsa RM 1,000.

“NSTP dan BERNAMA merupakan dua pertubuhan berita yang agresif menghantar penyertaan  iaitu 61 penyertaan dari NSTP, manakala BERNAMA dengan 58 penyertaan,” tambahnya.

BERITA LAIN

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

Kerjasama erat KMKK bawa banyak kemajuan

SARATOK: Semangat bersatu padu dan kerjasama erat barisan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) menjadi semangat kepada wakil rakyat untuk membawa lebih banyak pembangunan. Perkara

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Hentikan sikap buang sampah dalam sungai

KUCHING: Masyarakat setempat di sekitar Sungai Sut digesa memantau dan menghentikan aktiviti pembuangan sampah yang mampu mencemarkan sungai dan alam sekitar. ADUN Pelagus Wilson Nyabong

Douglas Uggah terima dua kunjungan hormat

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima dua kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam. Kunjungan yang pertama adalah daripada Konsulat