ARTIKEL

Ng Sze Han | BERNAMA

Ng Sze Han jadi Pengarah Pilihan Raya PH di PRK Kuala Kubu Baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Setiausaha DAP Selangor Ng Sze Han dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu yang akan diadakan pada 11 Mei depan.

Setiausaha PH Selangor Dr Mohd Khairudin Othman berkata pelantikan Ng dibuat pada mesyuarat bersama kepimpinan PH Selangor semalam.

Mohd Khairudin berkata selain beliau, Ng yang juga Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor akan dibantu oleh Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin dan Ahli Parlimen Shah Alam Azli Yusof.

“Pasukan ini akan menubuhkan beberapa jawatankuasa utama dan telah sedia untuk bergerak secara rasmi bermula dari hari penamaan calon sehingga tiba hari mengundi.

“Pasukan ini juga akan menyelaras gerak kerja dan kempen yang akan dirangka oleh PH Selangor dan membuat persiapan serta menyelaras tugas berkait kempen PRK Kuala Kubu Bharu dengan PH pusat serta parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mohd Khairudin juga berkata PH belum memutuskan calon pada PRK berkenaan kerana perkara itu masih dalam perbincangan,

Khamis lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 27 April dan 7 Mei, manakala hari pengundian pada 11 Mei.

Kerusi DUN Kuala Kubu Bharu kosong, susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac lepas.

Lee, 58, yang menguasai kerusi di bawah Parlimen Hulu Selangor itu sejak 2013, meninggal dunia selepas berapa tahun bergelut melawan kanser. — BERNAMA

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)