ARTIKEL

Fatimah bercakap pada sidang media

NGO tangani gangguan seksual kanak-kanak bakal didaftarkan di bawah ROS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi tumpuan menangani gangguan seksual terhadap kanak-kanak akan didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) Sarawak tidak lama lagi, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah.

“Kami menjangkakan persatuan ini akan didaftarkan tidak lama lagi,” katanya kepad- pemberita semasa taklimat media selepas pertemuannya dengan Pengarah ROS Sarawak, Georgina Apphhia Ngau, hari ini.

Pengarah ROS Sarawak, Georgina Apphhia Ngau menyampaikan cenderamata kepada Fatimah sebagai tanda penghargaan.

Sebagai penaung jawatankuasa protem, beliau memilih untuk tidak mendedahkan nama NGO itu sehingga pendaftaran selesai.

Namun begitu, penubuhan NGO itu didorong oleh matlamat yang ikhlas untuk mengelakkan berlakunya gangguan seksual terhadap kanak-kanak pada masa hadapan, berpunca daripada pengalaman pahit keluarga dan mangsa.

“Ia bertujuan untuk mewujudkan sistem sokongan komuniti dengan mendidik tentang gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

“Ini melibatkan latihan jurulatih, memupuk penglibatan komuniti, menjalankan kempen media, dan mewujudkan rangkaian dengan agensi lain,” jelasnya.

Fatimah turut menekankan kepentingan mempercepatkan prosedur undang-undang dan tindakan undang-undang bagi mangsa yang telah tampil.

Beliau menekankan bahawa langkah ini penting untuk melindungi kesihatan mental dan kesejahteraan mangsa, membolehkan untuk meneruskan kehidupan dan pendidikan, sekali gus membina masa depan yang lebih cerah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.