KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniaga rendah pagi ini.
Pada 9.10 pagi, September 2023 susut 7.0 mata kepada 1,444.5, Oktober 2023 turun 5.5 mata menjadi 1,447.5, Disember 2023 lemah 6.5 mata kepada 1,448.0 dan Mac 2024 kerugian 6.0 mata untuk mencatatkan 1,437.5.
Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka masing-masing 1,470 lot dan 43,543 kontrak.
FBM KLCI susut 0.63 mata kepada 1,450.93 berbanding penutupan dagangan Rabu pada 1,451.56 selepas 29 minit dagangan. – BERNAMA