ARTIKEL

Datuk dan nenek Joana, Rindung Milo (kiri) dan Tumbo Usen (kanan), menyandar pada kereta Proton Saga yang dibeli mendiang cucu mereka. | Foto Ghazali Bujang

Niat menyambut Gawai bersama keluarga tidak kesampaian bagi mendiang Joana Felicia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Sebuah kereta Proton Saga peninggalan LK I JJM Joana Felicia Rohna kepada datuk dan neneknya untuk kegunaan seharian akan sentiasa dikenang mereka.

Kenderaan tersebut dibeli oleh Joana untuk mempermudahkan urusan Tumbo Usen dan Rindung Milo, masing-masing berusia 70-an, untuk ke klinik mahupun bagi urusan harian yang lain.

Rindung (dua kiri) menitis air mata sambil dipujuk cucunya, Diyanne Yanz Love, sebaik menerima khabar duka bahawa cucunya Joana antara mangsa nahas helikopter bertembung ketika raptai Perbarisan TLDM Ke-90 Pangkalan TLDM Lumut, Perak. | Foto: Ghazali Bujang

Bagaimanapun, hati mereka tersentak apabila mendapat khabar berita bahawa cucu kesayangan mereka, Joana antara mangsa nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertembung dan terhempas ketika raptai Perbarisan TLDM Ke-90 Pangkalan TLDM Lumut, Perak hari ini.

Pada awalnya, mereka berasa sangsi ketika menerima berita buruk tersebut sehinggalah anak mereka mengesahkan perkara itu memang benar berlaku setelah membuat semakan di media sosial.

Johny Mayi berkongsi gambar yang diambil bersama anak buahnya, Joana ketika sambutan hari jadi beberapa tahun yang lalu. | Foto: Ghazali Bujang

Kata neneknya, Rindung, mendiang yang berumur 25 tahun, dijaga bagai menatang minyak yang penuh, diberi secukupnya kasih sayang sejak kecil sehinggalah mendiang menyertai latihan TLDM.

“Dari dia kecil, kami menjaga dia sehingga besar, dari sekolah sehinggalah dia bekerja.

“Kami menyuruh dia bekerja dengan bersungguh-sungguh tetapi kini dia sudah meninggal dunia,” kata neneknya yang tidak dapat menahan sebak ketika ditemu bual Suara Sarawak di kediamannya di Kampung Sumpas Tampek di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau sukar memikirkan bagaimana nasib dua orang cicitnya yang akan membesar tanpa kasih sayang ibu mereka.

Rindung hilang kata-kata dan menangis teresak-esak mengenang cucunya itu.

Sementara itu, bapa saudara mendiang, Johny Mayi, 56, menyifatkan anak saudaranya sebagai itu seseorang yang manja dan amat rapat dengan dirinya serta isteri.

Beliau, yang mendapat berita duka itu melalui media sosial, tidak menyangka kejadian sedemikian boleh menimpa anak buahnya.

Kali terakhir Johny berhubung dengan mendiang pada Rabu lalu menerusi panggilan telefon di mana mendiang menzahirkan rasa rindu kepada keluarga selain ingin pulang ke kampung sempena cuti Hari Gawai.

“Biasanya dia jarang menghubungi kami. Rabu lalu dia ada menghubungi kami.

“Dia beritahu mahu pulang ke kampung untuk sambut Hari Gawai,” katanya sambil berkata sambutan Hari Gawai tahun lalu merupakan kali terakhir mereka menyambut perayaan tersebut bersama mendiang.

Dalam nahas yang berlaku pagi tadi, seramai 10 kru dilaporkan terkorban dalam nahas dua helikopter TLDM bertembung kira-kira jam 9.45 pagi.

Dua helikopter yang terdiri daripada model HOM-AW139 dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi.

Pesawat HOM-AW139 dilaporkan terhempas di dalam kawasan Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas dekat kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

BERITA LAIN

Festival SAGO pupuk inovasi terhadap usahawan

KUCHING: Pesta Gastronomi Sarawak (SAGO) tahun ini dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 22 Julai ini, manakala Pesta Tuak Borneo diadakan pada 14 hingga 17 September

Potensi ekonomi pelancongan kulinari, gastronomi

KUCHING: Gastronomi melalui inovasi kepelbagaian kulinari tradisi tempatan merupakan salah satu medium yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi mampan Sarawak di peringkat dunia. Timbalan Menteri Pelancongan,

BERITA TERBARU

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

MyKiosk mudahkan peniaga

SARATOK: Peniaga kecil tepi jalan di Saratok dan Roban boleh menarik nafas lega apabila permohonan mereka untuk mendapatkan kemudahan berniaga seperti MyKiosk diluluskan oleh kerajaan.

Emosi cedera

SAYA percaya ketika kita masih kanak-kanak, kita pernah mengalami situasi tidak sabar untuk melangkah ke alam dewasa. Dalam minda kita ketika kecil, sering kali berfikir

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen