ARTIKEL

Nickhileswar sasar separuh akhir di Terbuka Remaja British

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Pemain muda sedang meningkat naik, M. Nickhileswar meletakkan harapan untuk sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir pada kejohanan skuasy Terbuka Remaja British (BJO) di Birmingham bermula hari ini hingga 7 Jan.

Pemain berusia 16 tahun itu berkata beliau membuat persiapan rapi untuk membuka kempen kategori bawah 17 tahun lelaki, menentang pemain pada pusingan pertama kelayakan di Solihull Arden Club, semalam.

Nickhileswar, yang berkemungkinan besar menentang Abdullah Nawaz dari Pakistan pada suku akhir, mengakui kelebihan fizikal dimiliki peserta lain menjadi cabaran buatnya untuk memberikan saingan.

“Saya telah berlatih bersungguh-sungguh dan tahun ini agak susah kerana berjumpa pemain yang lebih besar.

Jadi, saya telah meningkatkan latihan kecergasan dan yakin mampu beraksi dengan baik untuk beri saingan sengit,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Pemain berasal dari Pulau Pinang yang diletakkan sebagai pilihan kelima/kelapan kejohanan itu, berkata setiap aksi di BJO adalah sukar kerana tahap perlawanan yang pantas memerlukan beliau sentiasa waspada.

Nickhileswar, yang membuat penampilan kelima di BJO, terpaksa berpuas hati dengan kedudukan keempat bagi kategori bawah 15 tahun pada 2023, selepas meraih gelaran juara kategori bawah 11 tahun pada edisi 2019.

Selain Nickhileswar, Malaysia turut akan diwakili oleh Aqil Mirza Naim Khairil Fariz dan Kreethi Pillay pada undian utama bagi kategori bawah 17 tahun lelaki BJO kali ini. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Senarai pendek pemain tenis dikenal pasti

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) sudah mempunyai senarai pendek pemain terbaik ketika ini. Namun senarai itu belum dimuktamad untuk menjadikannya kepada skala lebih kecil

Wee Wern ucap selamat tinggal kepada sukan skuasy

KUALA LUMPUR: Selepas dua dekad dalam sukan skuasy, bintang skuasy wanita negara Low Wee Wern mengumumkan persaraannya secara rasmi tengah malam tadi. Pengumuman tersebut dilakukan pemain berusia 33

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan itu dimaklumkan

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta