ARTIKEL

Datuk Nicol David. - Foto Fail: BERNAMA

Nicol David dilantik sebagai Pro-Canselor Heriot-Watt University Malaysia, Hannah Yeoh ucap tahniah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Nicol David atas pelantikan ratu skuasy negara itu sebagai Pro-Canselor Heriot-Watt University Malaysia.

“Congratulations Datuk @NicolDavid!” katanya menerusi catatan di akaun X.

Sementara itu, Nicol dalam catatan Instagramnya semalam menyuarakan rasa gembira dengan penghormatan yang diberikan oleh universiti itu untuk menjadi duta mereka, dan ia pastinya memberi inspirasi kepada belia pada masa hadapan.

Bekas juara dunia lapan kali itu mengaku tidak pernah termimpi bahawa beliau akan menjadi Pro-Canselor mana-mana universiti, dan agak terkejut semasa menerima panggilan daripada Heriot-Watt University Malaysia mengenai tawaran berkenaan baru-baru ini.

Atlet dari Pulau Pinang itu berkata pengiktirafan universiti itu terhadap pencapaiannya dalam sukan amat mengagumkan.

“Pada masa isu kesihatan mental memerlukan semua sokongan yang boleh kita berikan, saya amat berbangga apabila universiti ini juga mengiktiraf kepentingan untuk mempromosikan sukan dan kesihatan sebagai fokus untuk menggalakkan pelajar menjadi lebih aktif dalam kehidupan mereka dan meningkatkan prestasi mereka dalam pendidikan serta kesejahteraan mental secara keseluruhan.

“Harapan saya adalah untuk melihat lebih ramai pelajar terlibat dalam sukan di seluruh universiti, dan ini akan menyumbang kepada pembentukan pelajar yang lebih sihat dan komited untuk mencapai impian dan aspirasi mereka sendiri,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Ibu Menteri Pendidikan meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ibu kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Datin Dr Siti Zalikhah Mohd Nor, meninggal dunia pada 9.30 pagi tadi. Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat

Polis lumpuhkan sindiket penipuan guna fail APK

KUALA LUMPUR: Polis berjaya melumpuhkan sindiket penipuan yang menggunakan fail aplikasi APK (android package kit) ekoran penahanan dua lelaki tempatan dalam serbuan di Pulau Pinang

BERITA TERBARU

Zii Jia juara Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua musim ini selepas  merangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024 dengan menewaskan wakil Jepun

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat