ARTIKEL

Nikmati 90 jenis makanan tradisi Sarawak, Jumaat ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kira-kira 90 jenis makanan tradisi pelbagai kaum dan etnik Sarawak akan ‘dihidangkan’ kepada orang ramai dalam Pesta Makanan Warisan Sarawak 2019, di sini, bermula Jumaat ini.

Menteri Muda Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Sarawak Datuk Sebastian Ting berkata pesta tiga malam itu akan menampilkan pelbagai jenis makanan dari komuniti Melayu, Melanau, India, China, Dayak dan Orang Ulu.

“Orang Ulu  antara  (suku kaum) yang mempunyai banyak hidangan makanan menarik dengan cara penyediaannya juga menarik,” katanya pada sesi taklimat pesta berkenaan, di sini, semalam.

Pesta anjuran Jawatankuasa Kesenian dan Warisan Masakan Sarawak dan  Persatuan India Street Predestrian Mall itu akan diadakan di sepanjang jalan India Street Predestrian Mall sehingga Kai Joo Lane bermula dari pukul 7.00 malam.

Selain makanan-makanan menarik, para pengunjung juga akan dapat menyaksikan pelbagai demonstrasi masakan, di samping menyertai bengkel penyediaan makanan. – Bernama

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU