ARTIKEL

Nikmati Kebaikan Omega-3 SeTin Bersama Sardin & Mackerel Ayam Brand™ yang Mengandungi 7 Kali Ganda Kebaikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Buat pilihan pemakanan yang lebih bijak untuk keluarga anda bersama Sardin dan Mackerel Ayam Brand™. Ia bukan sahaja memudahkan dan memberi nilai dalam setiap tin, tetapi juga kaya dengan kandungan Omega-3 yang berupaya meningkatkan kesihatan tubuh anda dan seisi keluarga.

Golongan dewasa dan kanak-kanak seharusnya mengambil sekurang-kurangnya dua hidangan ikan setiap minggu bagi mendapatkan Omega-3 bagi mempertingkatkan tahap kesihatan  mereka kerana tubuh kita tidak boleh menghasilkan amaun Omega-3 yang diperlukan untuk sihat . Ikan berlemak seperti sardin, mackerel, saba dan tuna amat kaya dengan Omega-3, menjadikannya pilihan semula jadi terbaik untuk mendapatkan kandungan Omega-3 yang diperlukan tubuh untuk berfungsi secara optimum. 

Mengapakah Omega-3 amat penting bagi kesihatan keluarga anda? Sungguhpun ikan merupakan sumber protein, vitamin dan mineral yang baik, namun demikian, ikan berlemak mengandungi lebih banyak asid Omega-3 dan khasiat-khasiat lain yang mungkin meningkatkan kesihatan jantung, mendorong kesihatan otak semasa kehamilan dan peringkat awal kehidupan, menggalakkan pertumbuhan otak dan perkembangan kanak-kanak  dan pelbagai lagi. Ini adalah antara manfaat besar yang dapat diperoleh tubuh dengan hanya menambah ikan berlemak seperti sardin, mackerel, saba dan tuna dalam diet anda sebanyak dua kali seminggu. 

Bagi pengguna bermaklumat, seperti kaum ibu pintar hari ini, yang sentiasa mencari nilai dan produk yang melangkaui manfaat asas, dapatkan kepentingan Omega-3, protein dan kalsium yang diperlukan keluarga anda menerusi Sardin dalam Sos Tomato atau Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™ yang menggunakan ikan sardin dan mackerel yang ditangkap di lautan sejuk. Lautan ini membolehkan ikan-ikan tersebut menyimpan lebih banyak asid lemak Omega-3.

Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™ kaya dengan protein dan kalsium serta mempunyai tujuh kali lebih banyak kandungan Omega-3 berbanding ikan sardin segar tempatan yang dimasak di rumah ! Dalam hanya satu tin, ia tentunya satu pilihan yang lebih mudah dan bijak untuk menikmati sajian lebih sihat yang turut menyokong keperluan pemakanan keluarga anda. 

Satu tin besar 425g Sardin dalam Sos Tomato atau Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™ bukan sahaja menyediakan empat sekeluarga dengan separuh kandungan Omega-3 yang diperlukan mereka setiap minggu bersama protein, kalsium dan nutrien-nutrien penting lain tetapi juga merupakan satu gamechanger bagi kaum ibu yang sibuk dan kesuntukan masa. 

Berikan pembaharuan pada sajian sarapan, makan tengah hari atau snek anda kepada satu jamuan berkhasiat. Jamu selera anda terus daripada tin tersebut atau menambah suntikan keenakan pada hidangan kotak bento, nasi goreng, hidangan masak lemak, cucur goreng atau  sandwic. Ibu yang bijak tahu mereka hanya perlu mendapatkan Ayam Brand™ untuk nutrisi penting yang juga menyediakan kepelbagaian dan nilai terbaik bagi setiap tin pada setiap masa – sama ada waktu sarapan, makan tengah hari, makan malam mahupun snek. 

Ayam Brand™ telah menyediakan satu siri resipi masakan di rumah yang menggunakan Sardin dalam Sos Tomato dan Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™ bersama rangkaian produk Ayam Brand™ lain yang mudah disediakan oleh semua individu, khasnya kaum ibu yang bijak. Kini, mereka tidak perlu ‘berperang di dapur’ tetapi paling penting, mampu memberikan hasil maksimum dari segi rasa dan manfaat kesihatan bagi diri dan insan tersayang.

Di bawah adalah beberapa cara bagaimana anda boleh memberikan Omega-3, protein dan kalsium yang diperlukan pada kadar segera dan tanpa perlu berbelanja lebih, seiring dengan Nilai dalam Setiap Tin Ayam Brand™.

Sarapan – Sandwic Sardin Klasik Ayam Brand™

Sandwich Sardin Klasik Ayam Brand™ merupakan satu hidangan kemestian ketika berkelah, dalam perhimpuan keluarga, minum petang mahupun sarapan. 

Kosongkan setin Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™, asingkan sebahagian daripada sos tomato yang ada. Lecek sardin bersama bawang Holland yang dipotong dadu kecil, cili hijau yang dihiris halus, satu susu besar jus limau atau lemon dan sedikit daripada sos tomato yang diasingkan sebelum ini. Sapukan inti savuri ikan sardin tersebut di atas roti yang telah disapu mentega dan kepitkan sekeping lagi roti yang bermentega di atasnya. Jika anda ingin menambahkan rasa  serta pengambilan serat, tambah kepingan nipis timun pada bahagian inti sandwic tersebut. 

Hasil: 8 sandwic yang padat dengan inti  

Masa penyediaan: 10 minit

Makan Tengah hari atau Malam: Masak Lemak Cili Padi Mackerel Ayam Brand™ 

Sekiranya anda memerlukan hidangan segera yang sihat dan enak serta digemari pasangan dan anak-anak, manfaatkan resipi Masak Lemak Cili Padi Mackerel ini. 

Sediakan nasi terlebih dahulu, sama ada ditanak atas dapur atau dimasak menggunakan periuk nasi. Himpunkan ramuan yang terdiri daripada satu tin Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™, satu pek pes Masak Lemak Cili Padi Ayam Brand™,  pek Santan Ayam Brand™ dan sebiji tomato yang dipotong empat.

Masukkan pes Masak Lemak Cili Padi Ayam Brand™ dalam sebuah pan, kacau sehingga naik bau. Ia biasanya mengambil masa kira-kira dua hingga tiga minit. Tambah satu atau dua cawan air mengikut kepekatan kuah yang anda gemari dan kacau sehingga sebati. Masak hingga mendidih. Tuangkan keseluruhan pek 200ml Santan Ayam Brand™ dan biarkan kuah mendidih sambil dikacau. Kemudian, tambahkan satu tin Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™ termasuk sos tomato enaknya. Perlahankan api dan biarkan ia mereneh. Tambah tomato yang telah dipotong dan kacau. Kini hidangan anda telah tersedia untuk dimakan bersama nasi.

Saiz hidangan: 4 hingga 6 orang   

Masa penyediaan: 5 minit 

Tempoh memasak: 15 minit  

Snek bersama Cucur Sardin Rangup

Cucur sardin rangup ini adalah satu sajian sempurna pada hari hujan atau hujung minggu apabila semua orang berada di rumah dan terasa lapar. 

Kosongkan satu tin besar Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™ dalam sebuah mangkuk besar dan lenyekkan ia sehingga menjadi pes yang halus. Pecah tiga biji telur dan gaul sekata. Campur setengah sudu besar garam dan lada hitam secukup rasa ke dalam campuran tadi. Kemudian, kaup setengah cawan tepung jagung dan setengah cawan tepung gandum serta satu cawan air. Gaul sehingga campuran sebati. Panaskan minyak dalam sebuah kuali cetek. Masukkan beberapa longgok campuran sardin ke dalam minyak yang panas. Goreng sehingga cucur berwarna keemasan. 

Saiz hidangan: 4 hingga 6 orang   

Masa penyediaan: 10 minit  

Tempoh masakan : 15 minit

Cubalah rangkaian ikan dalam tin Ayam Brand™ untuk menambah nilai setiap sajian dan memenuhi keperluan dua hidangan ikan setiap hari dengan mudah. Terokai keenakan Tuna Cili, Tuna dalam Minyak Zaitun dan Tuna dalam Air Ayam Brand™ untuk sumber terbaik protein yang bersesuaian dengan kehidupan dan gaya hidup anda. 

Untuk menambah Nilai dalam Setiap Tin Ayam Brand™️ terhadap sajian Ayam Brand™️ anda, sertai peraduan Beli & Menang Ayam Brand™️ yang berlangsung sekarang sehingga 30 Jun 2024. Anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan termasuk emas seberat 10g atau 29g, Philips Airfryer (5000 Series XL) baharu atau Kuali Non Stick TEFAL .

Anda hanya perlu membeli mana-mana produk Ayam Brand™️, Duchef atau Yumeat berjumlah RM20 dan memgambil gambar resit pembelian dengan jelas sebelum dihantar menerusi aplikasi WhatsApp ke talian 6018 311 1511 Anda dibenarkan menggabungkan rangkaian produk di bawah Ayam Brand™️ bagi menyertai peraduan ini. Patuhi arahan yang diberikan untuk berkongsi nama penuh dan nombor IC bagi melayakkan anda memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan.

Layari laman www.ayambrand.com.my/jombelidanmenang untuk mendapatkan maklumat lanjut.

BERITA LAIN

LBS JANGKA TAHUN YANG POSITIF BAGI 2024

Petaling Jaya, 4 Januari 2024 – Pemaju perumahan pilihan rakyat, LBS Bina Group Berhad (“LBS” atau “Kumpulan”) menjangkakan tahun 2024 yang lebih positif dengan pengumuman

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja