Trending

Nikmati suasana koboi pada SCMF pada 6, 7 Oktober hadapan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Miro (enam kiri) bersama-sama Constantine (lima kiri) dan Dylan (tujuh kiri) serta yang lain menjemput peminat muzik desa untuk menghadiri Festival Muzik Desa Siniawan (SCMF) 6 dan 7 Oktober ini.

BAU: Festival Muzik Desa Siniawan (SCMF) kembali lagi untuk edisi yang keenam tahun ini, menjanjikan keunikan muzik desa kepada para pengunjung yang hadir.

ADUN Serumbu Miro Simuh berkata, festival muzik desa yang diadakan di Pekan Siniawan itu bakal berlansung pada 6 dan 7 Oktober akan datang.

Katanya, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan dari sembilan artis tempatan iaitu Os Pombos, Onstrings, Country Road Band, D’Wranglers, Peter Engkasan, Hi-Breed Band, Mountain Wind Band dan Raggy.

“Tahun ini kita menumpukan kepada artis tempatan, dua dari Miri, seorang dari Kuala Lumpur dan empat kumpulan tempatan serta dua artis solo.

“Dua artis solo ini akan mengadakan persembahan di lebuh Siniawan dengan gitar dan menyampaikan beberapa muzik desa yang terkenal,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat DUN Serumbu, di sini, hari ini.

Miro berkata, beliau menjangkakan seramai 12,000 pengunjung menghadiri festival tersebut ekoran sambutan yang baik diterima pada penganjuran tahun yang sebelumnya.

Sehubungan itu, beliau mempelawa peminat muzik desa untuk hadir ke festival tersebut untuk menyokong industri dan usahawan tempatan.

Tambahnya, orang ramai diingatkan untuk tidak meletakkan kenderaan di tepi Jalan Kuching-Bau kerana ia akan menyebabkan kesesakkan jalan raya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru