ARTIKEL

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

Model edisi terhad ini menampilkan rona lavender lembut, menambahkan sentuhan keindahan halus pada rangkaian andalan HONOR.

“Selain cloud purple, HONOR Magic6 Pro turut didapati dalam warna epi hijau dan hitam.

Semua model ini didatangkan dengan RAM 12GB dan storan besar 512GB pada harga RM4,499

“Bukan itu sahaja, bagi meraikan edisi terhad ini, HONOR mengadakan promosi Istimewa Bermusim Magic bermula dari 24 Mei hingga 30 Jun ini untuk HONOR Magic6 Pro dan telefon boleh lipat inovatif HONOR Magic V2,” kata HONOR dalam satu kenyataan semalam.

Pelanggan yang membeli mana-mana warna HONOR Magic6 Pro turut berpeluang membawa pulang hadiah percuma bernilai RM1,696.

Hadiah itu termasuk jam tangan pintar HONOR CHOICE Watch, fon putik telinga HONOR Earbuds X6, penggantian retak depan dan belakang 365 hari serta waranti lanjutan satu tahun.

HONOR Magic V2 berharga RM6,999 juga mendapat rebat segera sebanyak RM800 sepanjang promosi tersebut.

Pembeli juga mendapat hadiah percuma bernilai RM1,748, terdiri daripada perlindungan skrin HONOR 365 hari dan pemegang telefon kereta graviti telefon lipat.

Telefon boleh lipat ini mempunyai RAM 16GB dan storan 512GB dengan tiga pilihan warna premium iaitu hitam, unggu dan versi hitam PU.

“HONOR Magic6 Pro dilengkapi kamera utama dinamik super 50MP, kamera ultra lebar 50MP dan kamera tele falcon 180MP yang sesuai untuk merakam aksi pantas.

“Paparan peranti ini diperbuat daripada pelindung NanoCrystal HONOR dan 10 kali ganda lebih tahan jatuh berbanding kaca biasa.

“Ia juga diperakui oleh piawaian standard Five Star Overall Glass Drop Resistance Ability SGS,” kata HONOR.

Dari segi kuasa pula, bateri karbon silikon generasi kedua 5600mAh peranti ini mampu bertahan dalam keadaan suhu melampau serta mencapai bateri penuh dalam tempoh 40 minit dengan pengecasan pantas berwayar HONOR Wired SuperCharge 80W.

Ciri Magic Portal yang inovatif pula menggunakan AI untuk memahami mesej teks, imej dan tingkah laku pengguna.

Sementara itu, HONOR Magic V2 hanya setebal 9.9mm dalam keadaan lipat dan 4.7 mm apabila dibuka.

Telefon boleh lipat ini juga sangat ringan iaitu hanya 231 g, menjadikannya selesa untuk dibawa ke mana-mana.

Engsel boleh lipat yang diperbuat dengan aloi titanium mampu menahan lebih 400,000 lipatan dengan 100 lipatan sehari dan mempunyai jangka hayat sehingga 10 tahun.

Selain itu, bateri Karbon Silikon Dwi Sell 5000mAh disokong HONOR SuperCharge 66W menjamin kuasa sepanjang hari dan mengecas dengan pantas dalam tempoh beberapa minit.

Apabila dibuka, paparan peranti ini adalah 7.92 inci dan menawarkan produktiviti seperti tablet.

Untuk tawaran hebat sepanjang promosi Istimewa Bermusim Magic layari Facebook rasmi HONOR Malaysia atau rasmi HONOR di https://www. honor.com/ my

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual