ARTIKEL

Nilai jualan sektor pembuatan cecah RM1.03 trilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia meningkat sebanyak 2.5 peratus tahun ke tahun kepada RM1.03 trilion bagi tempoh tujuh bulan pertama 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Bagi tempoh sama, bilangan pekerja bertambah sebanyak 1.7 peratus kepada 2.34 juta orang manakala gaji dan upah tumbuh sebanyak 3.8 peratus kepada RM56.6 bilion.

Dalam kenyataan, Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata nilai jualan dicatatkan oleh setiap pekerja pula merekodkan pertumbuhan marginal sebanyak 0.8 peratus berjumlah RM441,255.

Selain itu, bagi asas bulanan, beliau berkata nilai jualan sektor pembuatan itu susut sebanyak tiga peratus kepada RM144 bilion pada Julai 2023.

“Nilai jualan sektor pembuatan merosot untuk bulan kedua berturut-turut pada Julai 2023, mengecil kepada negatif 3.0 peratus tahun ke tahun daripada negatif 4.0 peratus pada bulan sebelumnya,” katanya.

Mohd Uzir berkata, penurunan tersebut dipengaruhi terutamanya oleh subsektor petroleum, kimia, getah dan plastik yang mencatatkan penyusutan berterusan kepada negatif 15.3 peratus pada bulan tersebut (Jun 2023: -12.4 peratus) selain penguncupan subsektor makanan, minuman dan tembakau (-7.8 peratus) dan kayu, perabot, keluaran kertas dan percetakan (-0.6 peratus).

Bagi perbandingan dengan bulan sebelumnya, nilai jualan menurun sebanyak 2.4 peratus berbanding RM147.4 bilion yang direkodkan pada Jun 2023 (0.4 peratus).

“Nilai jualan industri berorientasikan eksport yang merangkumi 72.1 peratus daripada jumlah jualan, terus merosot sebanyak 7.0 peratus pada Julai 2023 (Jun 2023: -7.4 peratus) disebabkan terutamanya oleh industri pembuatan kok dan produk petroleum bertapis (-25.6 peratus); pembuatan minyak dan lemak daripada sayuran serta haiwan (-18.5 peratus) dan pembuatan produk getah (-10.8 peratus),” katanya.

“Namun begitu, prestasi industri berorientasikan domestik kekal menggalakkan, mencapai 9.2 peratus pada Julai 2023 berbanding 6.8 peratus pada Jun 2023 yang seterusnya mengurangkan impak kemerosotan dalam industri berorientasikan eksport,” katanya.

Beliau berkata, momentum stabil bagi industri berorientasikan domestik itu disokong terutamanya oleh pertumbuhan kukuh dalam nilai jualan bagi industri pembuatan kenderaan bermotor, treler dan dan separa treler yang mencatat 22.0 peratus. – Bernama 

BERITA LAIN

Gas asli pastikan lampu rumah menyala

KEKAYAAN sumber gas asli yang ditemukan di ketiga-tiga wilayah – Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – di negara ini, membolehkan penduduk menikmati bekalan tenaga mampu

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

Jadi usahawan berinovasi

KUCHING: Usahawan Bumiputera perlu menghapuskan sikap kebergantungan kepada kerajaan untuk mengukuhkan perniagaan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP