ARTIKEL

Nilai jualan sektor pembuatan menurun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengumumkan nilai jualan sektor pembuatan susut 2.6 peratus tahun ke tahun kepada RM155 bilion pada November 2023.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata penurunan itu terutamanya disebabkan oleh penyusutan ketara subsektor petroleum, kimia, getah dan plastik sebanyak 10.8 peratus (Oktober 2023 : -9.5 peratus) manakala subsektor peralatan elektrik dan elektronik 5.3 peratus (Oktober 2023: -2.7 peratus).

“Berbanding bulan sebelumnya, nilai jualan itu turun sebanyak 1.1 peratus berbanding RM156.7 bilion pada Oktober 2023 (-0.7 peratus),” katanya dalam kenyataan semalam.

Jelas beliau, nilai jualan industri berorientasikan eksport, merangkumi lebih dua pertiga daripada jumlah jualan, mencatat penurunan lebih besar sebanyak 6.9 peratus pada November 2023 berbanding negatif 5.2 peratus pada bulan sebelumnya.

Penurunan itu dipengaruhi terutamanya oleh penyusutan pembuatan kok dan produk petroleum bertapis pada negatif 10.0 peratus, diikuti dengan pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal (-6.6 peratus), pembuatan minyak serta lemak sayuran dan haiwan (-3.8 peratus) Bagaimanapun katanya, industri berorientasikan domestik terus mengekalkan momentum positif.

Pengembangan itu didorong terutamanya oleh pertumbuhan kukuh dalam pembuatan produk makanan sebanyak 11.4 peratus; pembuatan kenderaan bermotor, treler dan separa treler (11.3 peratus) dan pembuatan produk logam, kecuali mesin dan kelengkapan (11.3 peratus).

“Bagi perbandingan bulan ke bulan, industri berorientasikan eksport susut 3.6 peratus manakala industri berorientasikan domestik berkembang sebanyak 5.3 peratus,” katanya.

Dari segi pekerja, Mohd Uzir berkata sektor pembuatan melibatkan 2.38 juta orang pada November 2023, meningkat 2.1 peratus berbanding 2.33 juta orang bagi tempoh sama setahun lepas.

Kenaikan itu didorong terutamanya oleh peningkatan bilangan pekerja dalam subsektor makanan, minuman dan tembakau (6.9 peratus); produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam direka (2.3 peratus) selain produk elektrik dan elektronik (0.7 peratus).

Bagaimanapun, bagi perbandingan bulan ke bulan, bilangan pekerja dalam sektor pembuatan menurun sedikit sebanyak 0.04 peratus.

Katanya, seiring dengan pertambahan bilangan pekerja, jumlah gaji dan upah sektor pembuatan meningkat sebanyak 3.3 peratus tahun ke tahun yang mencecah RM8.1 bilion pada November 2023. Bagi perbandingan bulan ke bulan, gaji dan upah yang dibayar mencatat pertumbuhan marginal 0.04 peratus berbanding 0.1 peratus pada Oktober 2023.

LAIN-LAIN BERITA

162 kluster SPOC terima persijilan MSPO

KENINGAU: Sebanyak 162 Kluster Minyak Sawit Mampan (SPOC) melibatkan 177,355 pekebun kecil sawit persendirian (PKP) berjayamemperoleh Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di bawah seliaan

M’sia, Kanada perkukuh kerjasama pertanian

KUCHING: Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPK), Datuk Arthur Joseph Kurup menerima kunjungan kehormat daripada Menteri Pertanian dan Agrimakanan Kanada, Lawrence MacAulay pada Selasa,

KUCHING: Sebanyak lapan syarikat di bawah Program Gate to Global (GTG) MARA menyertai Pameran Perdagangan Antarabangsa Gulfood 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Pameran di

Kereta elektrik berharga RM179,000 hingga RM199,800

KUALA LUMPUR: BYD Malaysia Sdn Bhd hari ini melancarkan kenderaan sedan elektrik terbarunya (EV), BYD Seal, yang ditawarkan pada harga RM179,000 bagi varian premium dan RM199,800 bagi varian prestasi. BYD

BERITA TERBARU

Selesai perbalahan tanpa kekerasan

KUCHING: “Saya kehilangan sahabat baik, mentor, pembimbing dan insan yang menjadi inspirasi selepas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud,” demikian kata Tan

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul

Polis berkas suspek terlibat 20 kes samun

IPOH: Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun