ARTIKEL

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. - Kredit: UKAS

Nilai pasaran tanah naik selari dengan kepesatan pembangunan infrastruktur dan sosioekonomi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perancangan dan pembangunan pesat infrastruktur oleh kerajaan mendorong pembangunan sosioekonomi yang secara langsung meningkatkan nilai pasaran hartanah.

Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, di Matang Jaya misalnya, nilai pasaran hartanah rumah kedai tiga tingkat meningkat sebanyak 300 peratus dalam tempoh 23 tahun.

“Sebagai indikator, nilai pasaran hartanah rumah kedai tiga tingkat di kawasan Matang Jaya adalah RM340,000 seunit pada 2000, namun tahun lalu meningkat kepada RM1.4 juta seunit.

“Ini menunjukkan kenaikan nilai pasaran sebanyak 300 peratus dalam tempoh berkenaan di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar pada Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Ketiga DUN Ke-19 di sini, hari ini.

Jelasnya, ia didorong oleh perancangan dan pembangunan pesat infrastruktur, iaitu inisiatif Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi sesebuah kawasan.

“Dengan perancangan ini, beberapa kawasan yang dahulunya hanya digunakan untuk pertanian, telah dibangunkan dengan perumahan, pusat komersial dan perindustrian.

“Contohnya, kawasan di Sibu Jaya telah membangun dengan pesat sebagai bandar satelit yang serba lengkap.

“Begitu juga nilai pasaran hartanah industri di kawasan Rantau Panjang, Sibu, daripada transaksi yang direkodkan oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS), tanah kegunaan industri adalah RM60 semeter persegi pada 2005 dan RM180 semeter persegi pada 2020.

“Ini juga menunjukkan kenaikan nilai pasaran hartanah industri sebanyak 200 peratus dalam tempoh berkenaan di kawasan tersebut,” ujarnya.

Mengenai semakan cukai, Awang Tengah berkata kadar cukai tanah baharu diguna pakai dan berkuat kuasa 1 Januari 2023 dengan pemberitahuan rasmi kepada pemilik tanah dibuat melalui pewartaan bertarikh 30 Jun 2022.

“Semakan cukai tanah ini selaras dengan peruntukan Seksyen 30(5) Kanun Tanah Sarawak yang membenarkan semakan cukai tanah dibuat setiap 10 tahun.

“Ia ditentukan setelah kajian terperinci dibuat, termasuk perbandingan amalan kadar cukai tanah yang dilaksanakan di negeri-negeri lain di Malaysia.

“Semakan cukai tanah ini juga dilaksanakan bagi memastikan ia selari dengan kadar kenaikan nilai pasaran hartanah.

“Rekod transaksi hartanah menunjukkan peningkatan nilai secara keseluruhannya dari 75 peratus sehingga ke 200 peratus bagi tempoh 1994 hingga 2022 di seluruh Sarawak,” tambahnya.

Untuk makluman, katanya, Sarawak merupakan satu-satunya wilayah di Malaysia yang tidak mengenakan cukai tanah bagi semua jenis kegunaan kediaman seperti banglo, berkembar, teres, pangsapuri dan flat, serta kegunaan pertanian berkeluasan kurang daripada 100 ekar.

BERITA LAIN

Bot terbalik di segenting, empat nelayan hilang

BATU PAHAT: Empat nelayan warga tempatan hilang manakala seorang lagi ditemukan selamat setelah bot yang mereka naiki terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting di

BERITA TERBARU

RTP tau dikena nyeruri sekula repuk

INDUN SILONGsuarasarawak.sv@gmail.com KUCHING: Pengari rayat diperansang ngena agih belanja Program Transformasyen Menua Pesisir (RTP) penyampau RM5 juta setaun mantu nyeruri sekula repuk. Premier Sarawak, Datuk

Bot terbalik di segenting, empat nelayan hilang

BATU PAHAT: Empat nelayan warga tempatan hilang manakala seorang lagi ditemukan selamat setelah bot yang mereka naiki terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting di

Enam ekor lembu mati dilanggar treler

ALOR GAJAH: Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Alor Gajah SUPT Ashari Abu