ARTIKEL

NIMP 2030 dalam persiapan akhir, bakal dilancarkan akhir Ogos – Tengku Zafrul

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TASEK GELUGOR: Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang dalam persiapan akhir dan dijadual dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada akhir Ogos ini, kata menteri berkenaan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata NIMP 2030 adalah satu kerangka dasar yang komprehensif merangkumi misi, keutamaan dan pelan tindakan dalam mentransformasi sektor perkilangan Malaysia. 

“Apa yang boleh saya kongsikan, perbincangan yang berlangsung setakat ini adalah paling komprehensif yang pernah kita lakukan kerana membabitkan industri baharu dan kementerian lain.

“Seperti yang Perdana Menteri maklumkan (pada majlis peluncuran) Ekonomi MADANI baru-baru ini, beliau memberi gambaran bahawa wadah itu tidak hanya tertumpu kepada sektor asas semata-mata, tetapi turut memainkan peranan sebagai sebahagian daripada transformasi industri yang diharap membantu mengembangkan ekonomi, selaras penanda aras yang ditetapkan,” katanya.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Hari MITI 2023 di sini semalam, beliau berkata, bagi melengkapkan pelan berkenaan, perbincangan dua hala yang diadakan turut melibatkan penggiat industri. 

Katanya transformasi ini bertujuan mencipta sumber kekayaan baharu negara dengan meningkatkan kompleksiti ekonomi, memacu pertumbuhan ekonomi lestari, menyediakan peluang pekerjaan berkualiti sekali gus meningkatkan taraf kehidupan rakyat yang lebih sejahtera.

Mengulas program Hari MITI 2023 bertemakan Perkasa Industri, Maju Ekonomi, Tengku Zafrul berkata program itu menawarkan hampir 2,500 peluang pekerjaan kepada belia dan pencari kerja daripada 16 syarikat asing dan tempatan daripada pelbagai sektor perkilangan dan perkhidmatan antaranya kenderaan elektrik, elektrikal dan elektronik, automotif, makanan dan minuman serta peralatan perubatan. 

“Sebanyak 30 syarikat asing dan tempatan menyertai Hari MITI.

Kami turut menyasarkan kehadiran kira-kira 7,000 pengunjung dari sekitar Tasek Gelugor,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Bursa Malaysia diniagakan tidak berubah pada dagangan awal

KUALA LUMPUR: Aktiviti pengambilan untung yang sederhana mengehadkan kenaikan Bursa Malaysia pada pagi ini selepas aktiviti pembelian saham semalam.  Pada 9.12 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.08 mata

BERITA TERBARU

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup