Ning Baizura bakal hiburkan pengunjung Festival Jazz Tebingan Kuching

KUCHING: Festival Jazz Tebingan Kuching (KWJF) akan berlangsung pada 27 (Jumaat) hingga 28 September (Sabtu) di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini.

Sekarang berlangsung Majlis Selamat Datang (Welcome Reception) Festival Jazz Tebingan Kuching (KWJF) untuk para penghibur, media, rakan kongsi dan tetamu jemputan yang sedang berlangsung di Rajang Lobby Lounge di Hotel Grand Margherita, di sini.

Dalam acara yang berlangsung pada jam 6.30 petang hingga 7.30 malam ini, tetamu dihiburkan dengan persembahan daripada Dave Brewer & The DooDaddies dan Sang Timur.

KWJF kali ketiga dianjurkan ini melibatkan 13 persembahan daripada penyanyi jazz dari Malaysia, Indonesia, Autralia, kumpulan jazz tempatan (Sarawak) dan banyak lagi.

Turut hadir membuat persembahan dalam festival ini nanti adalah penyanyi terkenal Malaysia, Ning Baizura.

Tiket bokeh didapati di Hotel Grand Margherita atau secara atas talian di laman web www.kuchingwaterfrontjazz.com dan boleh dibeli secara terus (walk-in) semasa festival itu berlangsung nanti.

Suara Sarawak