ARTIKEL

Niosh Sarawak rai anak yatim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERAMAI 20 anak yatim dan asnaf diraikan dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Institut Keselamatanπ dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) di The Waterfront Hotel, baru-baru ini.

Ia sebahagian daripada program tahunan bagi menyantuni golongan yang kurang bernasib baik untuk bersama-sama menikmati kemeriahan Aidilfitri.

Pengurus NIOSH Wilayah Sarawak, Mirza Suhaili berkata, tanggungjawab NIOSH tidak hanya fokus isu keselamatan, tetapi turut melaksanakan tanggungjawab kebajikan untuk berkongsi rezeki bersama-sama mereka yang memerlukan. “

Kita tak nak program formal sangat, sekurangkurangnya kita ada sesuatu yang baharu untuk berkongsi rezeki dengan anak-anak yatim.

“Selain itu, kita juga ada program yang melibatkan rumah anak yatim dan tahfiz agar bersama-sama mendapat keberkatan,” katanya kepada Suara Sarawak.

Dalam pada itu ujarnya, NIOSH sentiasa membuat program yang boleh mendekati semua dan memberi pendekatan berkaitan industri khususnya.

Majoriti yang hadir juga merupakan rakan niaga industri dan tenaga pengajar yang turut menyumbang.

Program anjuran NIOSH Sarawak ini adalah satu acara yang memperlihatkan semangat kebersamaan, kerjasama dan kepedulian terhadap masyarakat, terutamanya golongan yang kurang bernasib baik.

Melalui aktiviti seperti ini, NIOSH tidak hanya mempromosikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja tetapi juga memperkukuh ikatan sosial dengan masyarakat di sekitar.

“Untuk Hari Raya memang kita buat setiap tahun, cuma istimewa tahun ini kita buat agak besar disebabkan oleh pengerusi (Chong Chieng Jen) dari Kuching.

“Kami berbesar hati meraikan dan nak memperkenalkan beliau khususnya di Sarawak,” jelasnya.

Di samping itu ujarnya, objektif utama NIOSH adalah untuk merangka perancangan bagi meningkatkan keselamatan pekerja.

“Dalam NIOSH, sudah pasti kita mempunya objektif utama iaitu fokus kepada keselamatan dan kesihatan pekerjaan termasuk terhadap semua industri serta jabatan yang taluk akta.

“Perancangan NIOSH memang kita akan ada usaha bersama-sama dengan agensi serta kerajaan negeri dalam memastikan kontraktor industri mematuhi keselamatan terutama pekerja di tapak pembinaan,” katanya.

Salah satu yang NIOSH laksanakan, dedahnya adalah program pasport keselamatan (safety passport) untuk setiap pekerja yang hadir sebagai induksi mereka tahu asas keselamatan.

Dalam masa yang sama, ujar Mirza, NIOSH turut kerjasama dengan pelbagai jabatan sebagai tanggungjawab majikan dalam memberi latihan terutamanya terhadap kompetensi kerja-kerja yang melibatkan risiko.

“Ini adalah perancangan bulanan dan tahunan yang dilaksanakan dalam usaha untuk memastikan keselamatan pekerja terjamin.

Jelasnya lagi, selain isu keselamatan, perancangan untuk memastikan keselamatan mental pekerjaan terjaga turut dilaksanakan.

“Pada persidangan awal tahun lepas, kita dah lancarkan satu program kesedaran yang memfokus kepada kesihatan mental jururawat yang dilihat agak membimbangkan sekarang.

“Peranan NIOSH masa awal bulan tahun ini, kita lancarkan latihan melibatkan peserta dalam program kesedaran mental untuk memberikan kesedaran kepada orang awam serta industri,” katanya.

Justeru, ujarnya, NIOSH sentiasa membuat program yang boleh mendekati semua dan ada penglibatan semua industri khususnya.

“Ini kerana majoriti tetamu hadir adalah rakan niaga, industri, tenaga pengajar yang boleh bersama-sama meningkatkan keselamatan,” tambahnya.

Dengan ini, Mirza memberitahu, NIOSH akan melaksanakan perancangan seterusnya untuk bertemu dan berkerjasama dengan rakanrakan niaga untuk memastikan keselamatan terjamin di tempat kerja.

Untuk pengetahuan, anak-anak yatim dan asnaf dari Pusat Jagaan Nur Murni turut menerima sedikit sumbangan duit raya daripada Ahli Parlimen Stampin yang juga Pengerusi NIOSH, Chong Chieng Jen yang turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Peluang ini juga dimanfaatkan untuk mengambil gambar bersama-sama berkongsi kebahagiaan dan kasih sayang NIOSH kepada anak-anak dari pusat jagaan itu. 

BERITA LAIN

Fadillah ucap Selamat Hari Bapa

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, hari ini mengucapkan Selamat Hari Bapa yang disambut hari ini kepada semua insan yang bergelar bapa.

Pelihara kepelbagaian warisan negara

PEREDARAN zaman yang semakin kompetitif ketika ini dilihat memberi kesan ketara ke arah terhakisnya khazanah budaya masyarakat majmuk di negara ini. Andai kata tiada inisiatif

Penting kerjasama kumpulan

PIHAK kaunselor pelatih Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengadakan program bina jati diri melibatkan 25 pelajar di Sekolah Menengah Al-Amin Kuching, Sabtu lalu. Inti pati

Lokasi wajib dikunjungi di Sibu

SIBU ialah salah sebuah bandar di Sarawak yang menarik dengan kepelbagaian budaya, warisan dan terkenal dengan sejarah masyarakat Cina. Banyak sejarah Sarawak berkait rapat dengan

BERITA TERBARU