ARTIKEL

Nizra Industries sasar pendapatan RM300 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Nizra Industries menyasarkan untuk meraih pendapatan sebanyak RM300 juta dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 20 peratus pada 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Nik Iruwan Nik Izani berkata syarikat pertahanan tempatan itu giat membida beberapa tender daripada agensi-agensi kerajaan dan tentera, yang dijangka dianugerahkan pada tahun ini.

“Kami membida beberapa kontrak yang perlu kami menangi, iaitu seperti kawalan trafik AR5 untuk kawalan maritim dan sempadan, projek radar dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuantan, menara senjata Angkatan Tentera Malaysia dan kontrak membekalkan motosikal pengiring untuk Yang diPertuan Agong.

“Jika anda menggabungkan semua ini, kita sepatutnya boleh mendapat pendapatan kira-kira RM200 juta hingga RM300 juta dalam tempoh 12 bulan akan datang,” katanya kepada Bernama di luar pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (NatSec) Asia 2024 di sini.

Acara dwitahunan itu diadakan dari 6 hingga 9 Mei di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Kumpulan itu turut mempamerkan dron pengawasan maritimtercanggih dan penyelesaian termaju untuk operasi rangkaian berpusat di Pusat Kawalan Operasi Kebangsaan.

Baca lain  Peraturan kukuh akan pacu ekonomi digital Asean raih nilai sehingga US$2 trilion pada 2030 - Tengku Zafrul

Ia juga merancang untuk bekerjasama dengan syarikat pertahanan Itali yang terkemuka bagi Kawalan Trafik Udara di Pangkalan Udara Kuantan untuk TUDM.

Cadangan kerjasama itu termasuk perkhidmatan selepas jualan dan latihan operasi di Malaysia kata kumpulan berkenaan.

Sementara itu, Nizra turut mengumumkan perkongsian strategik dengan syarikat perisian berpangkalan di Turkiye, LpsChain Ltd untuk memanfaatkan kecekapan bagi menyediakan bakal pengguna sistem pengurusan data selamat yang disesuaikan dengan keperluan unik mereka.

Pengasas LpsChain, Gokhan Onal berkata perkongsian itu menekankan komitmen Nizra untuk merintis kemajuan teknologi dan memupuk inovasi dalam sektor keselamatan siber.

“Nizra Industries dan LpsChain secara bersama berdedikasi untuk memperkasakan organisasi dengan peralatan dan cerapan paling canggih yang diperlukan bagi menyelaraskan operasi, mengurangkan risiko dan mengukuhkan langkah-langkah keselamatan siber terhadap ancaman yang semakin meningkat,” tambahnya.

Sementara itu, Nik Iruwan berkata dengan menggabungkan reputasi cemerlang dalam sektor pertahanan dan keselamatan menggunakan kekuatan LpsChain dalam pengurusan data, syarikat itu bersedia untuk mentakrifkan semula landskap keselamatan siber di Asia Timur.

Baca lain  RM31.6 juta dividen diagihkan kepada peserta Felcra di Sarawak tahun ini

“Perkongsian ini menekankan kesediaan dan keupayaan kami untuk meningkatkan keselamatan negara dan ketenteraan merentasi pelbagai domain, memastikan kesediaan menangani cabaran masa kini dan masa depan dengan berkesan,” katanya. – Bernama

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Isuzu D-Max 2024 kini di pasaran

KUCHING: Isuzu D-Max terbaharu kini di pasaran dengan penampilannya yang dipertingkatan, termasuk aliran udara untuk memastikan kecekapan aerodinamik, sekali gus menjadikannya lebih jimat bahan api.

Tarik pelancong bernilai tinggi

KUCHING: Menerusi Program SarawakMalaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) yang dimulakan sejak 2007. Setakat hari ini Sarawak meluluskan seramai 2,462 peserta melibatkan golongan rakyat atasan dan profesional dari beberapa negara maju.

BERITA TERBARU