ARTIKEL

Noktahkan penindasan terhadap warga Palestin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia menyeru agar komuniti antarabangsa sama-sama memastikan ada noktah kepada penindasan ke atas warga Palestin. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata masanya telah tiba untuk semua pihak menggalang kekuatan dengan matlamat menamatkan ketidakadilan ke atas rakyat Palestin. 

“Bagi memperingati ulang tahun Nakba yang ke-75, Malaysia mengulangi komitmen dan solidariti yang tidak berbelah bahagi terhadap rakyat Palestin dalam menentang kebijakan imperialisme rejim aparteid Zionis Israel yang rakus dan menginjak prinsip-prinsip kemanusiaan,” katanya menerusi Facebook hari ini. 

Menurut Perdana Menteri, Malaysia berpegang utuh dalam pendiriannya mengutuk pendudukan haram Israel ke atas wilayah Palestin yang diceroboh, serta penindasan terhadap warga Palestin yang dihalang daripada mendapatkan hak sebagai rakyat yang sah dan mutlak.

Anwar berkata, Malaysia selaku ahli dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Mengenai Pelaksanaan Hak Yang Tidak Terpisah Penduduk Palestin (CEIRPP) yang menganjurkan acara memperingati Nakba itu juga menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memastikan Israel bertanggungjawab terhadap kekejaman yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB saban tahun. 

Hari Nakba atau Hari Malapetaka pada 15 Mei adalah untuk memperingati pengusiran ratusan ribu rakyat Palestin dari kediaman dan tanah air mereka pada 1948 selepas penubuhan Israel. – BERNAMA

BERITA LAIN

Thailand serah surat rasmi sertai BRICS

BANGKOK: Thailand secara rasmi telah menghantar surat hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, yang dikenali dengan

BERITA TERBARU