ARTIKEL

Kredit: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Nombor plat kenderaan ‘Gold 1’ bernilai RM1.5 juta milik Yang di-Pertuan Agong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Nombor plat kenderaan keluaran khas ‘GOLD 1’ menjadi milik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selepas baginda membida nilai tertinggi dalam sejarah negara, iaitu RM1.5 juta.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, hasil nilai bidaan tersebut akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, hari ini di Istana Negara.

Pada pertemuan itu, Loke turut mempersembahkan secara simbolik nombor plat kenderaan itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan bagi nombor pendaftaran istimewa (NPI), iaitu siri ‘GOLD’, sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50 bermula 1 hingga 5 Februari lepas. 

Loke sebelum ini berkata bidaan bagi siri NPI bertujuan untuk menambah hasil negara, dan kesemua hasil bidaan NPI akan dimasukkan ke dalam akaun disatukan dengan 50 peratus daripada hasil dikembalikan semula kepada Kementerian Pengangkutan. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh