IBU kepada pempengaruh Ameera Khan iaitu Datin Noor Kartini tampil bersuara apabila anaknya dituduh berjudi lumba kuda di luar negara.
Memetik media antarabangsa, Kartini menerusi Instagram meluahkan rasa kesal tindakan biadab pihak yang membuat tuduhan terhadap anaknya itu.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi warganet, malah ada yang memohon agar Kartini menegur Ameera Khan agar tidak memuat naik perkongsian yang boleh mengundang fitnah di media sosial.
Bagaimanapun, hantaran yang dimuat naik pada Isnin itu telah dipadam.