ARTIKEL

Nora Danish terpaksa tidur hotel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PELAKON, Nora Mohd Danish Hanif, 42, meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia dan keluarganya terpaksa menginap di hotel selama empat bulan.

Katanya, dua individu yang dianggapnya sebagai adik berani melakukan penipuan dalam proses pengubahsuaian kediaman.

Menerusi hantaran di Instagram Story, dia memaklumkan bayaran bagi proses pengubahsuaian sudah dibuat hampir 90 peratus, namun, kerja tersebut masih belum siap.

“Pembayaran saya lakukan sejak Ogos tahun lalu.

“Saya menginap di hotel selama lebih empat bulan.

“Sekarang saya tinggal di rumah ibu sejak tiga bulan lalu.

“Kesilapan saya kerana mempercayai seseorang yang dipanggil ‘adik’, kerja tak habis terus angkat kaki.

“Kami ditinggalkan dalam keadaaan tidak pasti, ditipu oleh kontraktor tidak jujur dan tidak bertanggungjawab,” kongsinya.

Susulan itu, Nora menyatakan dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis terhadap dua individu tersebut jika masalah ini tidak diselesaikan dengan segera.

BERITA LAIN

Lelaki dipenjara menyamar ahli BTS

LELAKI yang dikenali sebagai A dijatuhkan hukuman penjara kerana menyamar sebagai ahli BTS untuk memperoleh lagu yang belum dikeluarkan BTS. Memetik media antarabangsa, mahkamah mengekalkan

Harapan Bujang Sarawak ke AJL

LAGU Bujang Sarawak yang dinyanyikan oleh Baby Shima semakin mengukuhkan kedudukan di Muzik-Muzik 39. Kali ini Bujang Sarawak mendapat tempat ketiga dalam undian Muzik-Muzik 39.

BERITA TERBARU

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas. Ketua Polis Daerah

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam. Ketua

Kanak-kanak lelaki tertusuk besi pagar rumah

MIRI: Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun terpaksa menahan kesakitan selepas tangannya tertusuk besi pagar rumah di sini semalam. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)