Trending

Norges Bank Norway pemegang saham utama Cahya Mata Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUALA LUMPUR: Cahya Mata Sarawak Bhd mengumumkan Norges Bank, bank pusat dan pengurus dana kekayaan negara Norway dengan rasminya sebagai pemegang saham utama dalam syarikat itu.

Dalam kenyataan hari ini, Cahya Mata berkata bank pusat itu membeli 54.05 juta saham yang mewakili 5.03 peratus kepentingan dalam syarikat berkenaan.

“Misi Norges Bank menggalakkan kestabilan ekonomi dan menguruskan aset penting bagi rakyat Norway.

“Sebagai sebahagian daripada strategi pelaburannya bagi Dana Pencen Kerajaan, Norges Bank berusaha untuk mengoptimumkan pulangan dalam kerangka mandat pelaburannya,” katanya.

Cahya Mata konglomerat kukuh berpangkalan di Sarawak yang mempunyai kepentingan perniagaan yang pelbagai antaranya simen, pembuatan fosfat, perkakas minyak, penyelenggaraan jalan, pembangunan hartanah, perkhidmatan kewangan dan infrastruktur telekomunikasi.

Kumpulan itu telah berkembang kepada arena ekonomi kitaran baru-baru ini berikutan pembelian Cahya Mata Alam Sdn Bhd, sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan serta kilang pembuatan bahan eko-komposit. – BERNAMA

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru