ARTIKEL

Norma baharu pembelajaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

“Ia bukan sahaja menandakan pencapaian akademik, tetapi juga pertumbuhan peribadi dan transformasi. 

 Sepanjang tempoh mereka di Kolej Cyberjaya Kuching, para graduan berdepan impak kemelut krisis COVID-19,” ujarnya.

Tambah beliau, pelajar turut berdepan pelbagai cabaran termasuk terpaksa pulang ke rumah, mengubah ruang kediaman menjadi kawasan belajar dan menyesuaikan diri dengan peranan baharu

“Pengalaman ini, walaupun menuntut ketekunan dan kesabaran, ia tetap dipuji kerana membentuk graduan berdaya tahan,” tambahnya.

PENDIDIKAN PENTING 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Doreen Tan Ai Meng berkata pendidikan merupakan bekalan dan panduan melangkah ke dunia baharu yang sentiasa berkembang, memberikan peluang dan cabaran.

“Perjalanan anda bersamasama Kolej Cyberjaya Kuching bukan sahaja dilengkapi pengetahuan, tetapi juga membentuk individu yang berdaya tahan, semangat dan berwawasan. 

“Anda menangani banyak cabaran, menerima peluang dan hari ini anda berbangga dengan pencapaian anda,” katanya sambil menzahirkan ucapan tahniah kepada semua graduan.

Doreen akui peristiwa penting menandakan kemuncak tahun kerja keras, dedikasi dan ketabahan dalam diri setiap graduan.

“Masa anda di sini tidak hanya buku teks dan peperiksaan, ia juga berkaitan memupuk pemikiran kritis, kreativiti dan menerima pembangunan kemahiran insaniah.

Ia kemahiran hidup yang anda sentiasa bawa ke mana-mana sahaja anda pergi,” ujarnya.

PENCAPAIAN PERIBADI

Bagaimanapun, jelas beliau kejayaan bukan semata-mata pencapaian peribadi, ia juga soal pengaruh positif atau sumbangan yang dilakukan.

“Ingatlah untuk menghulurkan bantuan, mengangkat orang di sekeliling anda dan menjadi ejen perubahan positif dalam keluarga dan tempat kerja anda serta komuniti,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan para graduan untuk meneroka dunia dengan penuh keberanian dan keazaman.

“Jangan biarkan halangan itu menghentikan diri daripada mengejar impian.

“Belajarlah daripada kegagalan, kerana ia sering membawa kejayaan,” ujarnya.

Sebagai penghargaan, Doreen mengingatkan para graduan untuk berterima kasih kepada insan yang memberi dorongan dalam perjalanan mereka.

Untuk makluman, antara agensi yang terlibat semasa majlis konvokesyen tersebut ialah Borneo Education Group.

Tujuan pengelibatan tersebut adalah sebagai platform membantu para siswazah mencari kerjaya yang releven dengan kursus yang dipelajari.

Ia juga untuk pelajar lepasan Tingkatan 5, 6 dan diploma untuk memilih kursus yang ditawarkan di kolej atau Universiti.

Selain itu, ia juga memberi latihan dan khidmat nasihat kepada calon yang bakal menghadiri temu duga.

Tambah beliau, pelajar turut berdepan pelbagai cabaran termasuk terpaksa pulang ke rumah, mengubah ruang kediaman menjadi kawasan belajar dan menyesuaikan diri dengan peranan baharu.

BERITA LAIN

Jaga aib diri, orang lain

MENJAGA aib sesama manusia menjadi tanggungjawab yang dianjurkan dalam Islam. Pentingnya perbuatan menahan diri daripada mengumpat dan mencari kesalahan orang lain. Allah SWT juga memberikan

Bentuk peribadi pelajar

BARU-BARU INI, Mukhayyam Dakhili Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) bagi murid Tahun 4 berlangsung dengan jayanya di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kota Samarahan. Program

Wanita 66 tahun bersaing Ratu Cantik

“Usia bukan penghalang, saya sentiasa ingin mencuba untuk menyertai dunia ratu cantik kerana ia sesuatu yang sangat inklusif. Saya tidak pernah lupa tentang warisan budaya

Buang stigma masyarakat

“MENERUSI program ini, ia boleh memberi kepercayaan kepada ibu bapa. “Jadi, kepada mereka yang mempunyai anak autisme, jangan risau, sentiasa ada caranya untuk menangani mereka,”

BERITA TERBARU