ARTIKEL

Bendera Palestin dikibarkan di luar bangunan Parlimen Ireland untuk menandakan keputusan mengiktiraf kenegaraan Palestin. - Foto: PA Wire

Norway, Sepanyol iktiraf kenegaraan Palestin secara rasmi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RAMALLAH: Norway dan Sepanyol pada hari ini mengumumkan pengiktirafan rasmi mereka terhadap Negara Palestin manakala Ireland dijadual mengikut langkah kedua-dua negara itu, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Sebelum Kerajaan Sepanyol meluluskan dekri mengiktiraf Negara Palestin, Menteri Luarnya, Jose Manuel Albarez, dalam ucapannya berkata “mengiktiraf Negara Palestin adalah langkah bersejarah yang membolehkan rakyat Palestin dan Israel mencapai keamanan”.

“Keputusan untuk mengiktiraf Negara Palestin adalah selaras dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan tidak ditujukan kepada mana-mana pihak,” katanya, sambil menegaskan bahawa negaranya tidak akan mengiktiraf sebarang perubahan kepada sempadan 1967, tanpa persetujuan Israel dan Palestin, dan satu-satunya jalan menuju keamanan ialah penyelesaian dua negara.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, menegaskan komitmen Sepanyol terhadap keselamatan di rantau berkenaan serta bekerjasama dengan negara-negara Arab untuk mengadakan persidangan damai.

Beliau menegaskan bahawa keutamaan sekarang adalah untuk menamatkan krisis yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Gaza, membuka lintasan sempadan dan menggesa gencatan senjata kekal di Gaza serta kemasukan bantuan kemanusiaan.

Sementara itu, Norway secara rasmi turut mengiktiraf Negara Palestin.

“Pengiktirafan rasmi Norway terhadap Palestin sebagai sebuah negara telah mula berkuat kuasa,” menurut Kementerian Luar dalam satu kenyataannya.

Kementerian Luar berkata “beberapa negara Eropah lain yang mempunyai pandangan sama akan mengiktiraf Palestin secara rasmi pada tarikh sama”.

Ketiga-tiga negara Eropah itu mengumumkan langkah berkenaan secara serentak minggu lepas apabila pemimpin mereka menyatakan bahawa mereka berharap negara-negara lain akan menyertai inisiatif tersebut, sambil menekankan bahawa ia akan meningkatkan prospek keamanan.

Susulan langkah Sepanyol, Norway dan Ireland, jumlah negara yang mengiktiraf Negara Palestin meningkat kepada 147 ketimbang 193 negara anggota dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

BERNAMA-WAFA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU