ARTIKEL

A group of Russian tourists arrive at Pyongyang International Airport in Pyongyang on February 9, 2024. A group of Russian tourists arrived in Pyongyang on February 9, AFP reporters saw, the first known foreign tour group to visit nuclear-armed North Korea since before pandemic-linked border closures. (Photo by KIM Won Jin / AFP)

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah.

Sehingga 29 Mei, kebanyakan pelancong Rusia tidak dapat memasuki Norway, yang berkongsi sempadan 198 kilometer dengan Rusia di Artik, kata kerajaan dalam satu kenyataan.

“Keputusan untuk mengetatkan peraturan kemasukan adalah selaras dengan pendekatan Norway untuk berdiri di sisi sekutu dan rakan kongsi dalam reaksi terhadap perang pencerobohan haram Rusia terhadap Ukraine,” kata Menteri Kehakiman dan Keselamatan Awam, Emilie Enger Mehl dalam kenyataan itu.

Norway, ahli NATO tetapi bukan dari EU, berhenti mengeluarkan kebanyakan visa pelancong kepada Rusia pada musim bunga 2022, selepas Moscow menyerang Ukraine.

Tetapi pemegang visa jangka panjang yang dikeluarkan sebelum ini atau mereka yang mempunyai visa dari negara anggota Schengen lain masih dibenar menyeberang melalui lintasan sempadan Storskog-Boris Gleb, satu-satunya antara negara jiran.

“Mulai 29 Mei, mereka tidak lagi dapat berbuat demikian, kata kenyataan itu.

Pengecualian dibuat untuk bekerja dan belajar serta mereka yang melawat keluarga terdekat yang tinggal di Norway.

Walaupun bukan ahli Kesatuan Eropah, Norway bekerjasama rapat dengan blok itu, ia turut mengambil langkah yang sama terhadap Rusia susulan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine pada Februari 2022.

Kawasan bebas sempadan Schengen merangkumi kebanyakan negara Eropah dan membolehkan orang ramai melakukan perjalanan bebas dalam sempadannya. – AFP

BERITA LAIN

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU