ARTIKEL

Nostalgia Ramadan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

RAMADAN pasti datang dan pergi, dan kini ia datang lagi, namun “kenangan lalu semasa Ramadan” tidak akan datang lagi, dan ia akan terus berlalu pergi.

Sekitar pertengahan era 70- an hingga pertengahan 80-an, kebanyakan anak-anak Kampung Kuala Lama Mukah sibuk meredah hutan, sambil membawa gergaji, kapak dan parang, mencari buluh bersaiz besar untuk dijadikan meriam.

Lagi besar lagi bagus, kerana ia akan mengeluarkan bunyi yang lebih nyaring berbanding buluh bersaiz sederhana atau kecil.

Tidak sukar untuk membuat meriam buluh, namun memerlukan sedikit kepakaran untuk menebuk lubang kecil, berdekatan bahagian pangkal, agar buluh tidak pecah.

Di situlah tempat untuk menuang minyak tanah, dan tempat meletakkan api ketika beraksi. Buluh dipotong, sepanjang empat kaki hingga tujuh kaki.

Buluh besar dan panjang akan melantunkan bunyi yang ‘menggerunkan’, persis meriam sebenar.

Malah, bagi anak-anak kampung ketika itu, Ramadan lebih meriah daripada Hari Raya Aidilfitri.

Bermula malam Ramadan pertama hingga Ramadan ke30 diraikan dengan bermain meriam buluh, ataupun bermain sembunyi-sembunyi di belakang rumah.

Malah malam sentiasa bergemerlapan dengan nyalaan lampu raya, pelita, atau penyuluh yang diperbuat daripada buluh kecil.

Langsung tidak ada rasa takut, untuk bermain meriam buluh, walaupun terdapat pelbagai kes yang menyebabkan kecederaan serius.

Malah bermain sembunyisembunyi di belakang rumah, atau berdekatan hutan juga menyeronokkan, apatah lagi sepanjang Ramadan, dikatakan semua syaitan dan hantu diikat.

Anak-anak kampung akan berkumpul selepas sembahyang sunat tarawih atau selepas bertadarus.

Bermain meriam sehingga larut malam, bagaikan satu pesta.

Baca lain  Jangan ditipu fiksyen politik

Mendengar dentuman meriam seolah-olah satu terapi yang membahagiakan.

Lagi kuat bunyi lagi hebat.

Sesiapa yang mempunyai bunyi terkuat, diisytihar sebagai pemenang atau ‘Raja Meriam Buluh’.

Kini ia tinggal kenangan.

Walaupun saya tidak pernah merakam gambar ketika itu, kerana kesukaran untuk mendapatkan kamera, namun gambaran suasananya masih jelas dalam ingatan.

Memang benar kata-kata para pujangga, bahawa gambar yang ada dalam ingatan lebih cantik daripada gambar sebenar.

Malah gambar yang berwarna hitam putih, mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada gambar yang berwarnawarni.

Transformasi dan peredaran masa menyebabkan bermain meriam buluh tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa, kerana ia membahayakan.

Ramai yang cedera, malah ada yang terputus anggota badan, kerana lalai dan leka.

Namun sekitar awal 90-an masih ada yang bermain secara ‘curi-curi’. Kini permainan meriam buluh seolah-olah lenyap, mungkin hanya dimainkan di perkampungan terpencil.

Oleh itu, kini percikan bunga api sebagai ganti, namun keseronokannya tidak dapat menandingi meriam buluh, kerana keaslian, dan persekitaran ketika ia dimainkan.

Keghairahan ini tidak dapat dirasai anak-anak sekarang ini, lebin-lebih lagi mereka yang tinggal di pusat bandar atau pinggir bandar.

Lagu raya Cahaya Aidilfitri dendangan kumpulan Black Dog Bone dan Dendang Perantau alunan P. Ramlee, sehingga kini begitu menusuk di jiwa.

Setiap kali mendendar lagi tersebut, pasti terpancar nostalgia Ramadan lebih tiga dekad yang lalu.

Bagi generasi sekarang sudah pasti lagu hit M. Nasir, Satu Hari Di Hari Raya dan Bila Hari Raya Menjelma (Siti Nurhaliza).

Bertukar juadah, paluan beduk Ketika itu, tiada bazar Ramadan, namun amalan bersedekah tetap utuh dalam kalangan jiran tetangga, sanaksaudara dan rakan-taulan.

Baca lain  Mengatasi masalah trafik Kota Samarahan

Hampir setiap petang sepanjang Ramadan ada sahaja jiran yang bersedekah.

Tidak perlu mengetuk pintu, kerana ketika itu semua pintu rumah penduduk kampung sentiasa ternganga.

Ia turut dibalas dengan sedekah oleh tuan rumah, dan bertambalah lauk atau menu pada hari tersebut.

Begitulah budaya penduduk kampung, bersedekah sambil bertukar juadah, sehingga penuh hidangan di atas meja.

Kini segalanya tinggal kenangan, sukar untuk menikmati semula detik-detik seperti itu, namun mungkin masih ada penduduk di perkampungan Bumi Kenyalang ini kekal dengan amalan tradisi yang cukup murni ini.

Malah bagi penduduk kampung yang kini tinggal di kota, atau di kawasan perumahan, amalan ini wajar diketengahkan, ia bukan sekadar menyuburkan amalan bersedekah sesama kita, tetapi mengukuhkan ikatan kejiranan dan persaudaraan.

Ia kerana jiran ialah orang paling dekat dengan kita, yang sepatutnya tampil membantu ketika susah dan senang.

Lagi pula ia bersesuaian dengan tema Ramadan itu sendiri, bahawa memperbanyak amalan bersedekah sentiasa mengukukan ukhuwah dan hubungan silaturahim.

Malah bunyi paluan beduk yang suatu masa dahulu pernah menjadi ‘penggera utama’ mengejutkan seluruh penduduk kampung untuk bangun sahur atau tanda waktu berbuka juga tidak lagi kedengaran sekarang ini.

Teknologi dan zaman terus melenyapkan amalan sedemikian yang akhirnya hanya layak disimpan sebagai nostalgia Ramadan bagi generasi yang pernah melalui zaman itu.

Telefon pintar telah mengambil alih tempat beduk atau gendang yang pernah berjasa kepada orangorang lama suatu ketika dulu.

Baca lain  Sesi persekolahan dari rumah

Hari ini, masuk hari ke-10 Ramadan, dan akan melalui fasa kedua, sebelum munculnya 10 malam terakhir, menandakan Ramadan tahun ini akan meninggalkan kita.

Bagi yang memanfaatkan bulan penuh keberkatan ini, ia pasti dirindui, dan akan menunggu setahun lagi untuk bertemu Ramadan akan datang.

Bagi yang belum ada kesempatan untuk menjejak kaki ke surau atau masjid, atas komitmen kerja atau hal-hal lain yang tidak dapat dielakkan, masih ada ruang waktu untuk merebut ganjaran pahala berlipat ganda, lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir.

Manfaatkanlah Ramadan ini dengan menggandakan amalan, tekad dan keinsafan.

Yang pasti, Ramadan akan meninggalkan kita, dan Ramadan juga akan menunggu kita, cuma kita tidak pasti, sama ada kita masih berpeluang bersamanya lagi, atau sebaliknya.

Oleh itu, manfaatkan bulan penuh keberkatan ini dengan sebaik-baiknya.

Seperti yang dijelaskan oleh Ustaz Hashim Man yang juga Imam Satu Masjid At Taqwa, Kampung Gita, Kuching ketika sesi tazkirah.

“Kita tidak tahu sama ada masih bernafas pada bulan Ramadan akan datang… jadi adalah satu kerugian yang besar jika kita tidak mengambil peluang ini untuk beribadah dengan sepenuh hati,” katanya.

“Sementara masih ada sekitar 20 hari lagi… marilah kita samasama memenuhi bulan penuh rahmat ini dengan program bermanfaat, terutamanya solat sunat tarawih, solat lima waktu berjemaah dan membaca alQuran.

Rebutlah peluang pahala yang berlipat ganda ini,” ujar beliau.

Mulai malam ini, Ramadan memasuki fasa kedua (10 hari pertengahan), yang dikenali sebagai fasa keampunan.

BERITA LAIN

Kenangan raya terkurung, terkejut

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu

Obesiti selepas raya

PASTI ada yang kembali buncit pada hari raya kesembilan (hari ini), malah ada yang lebih besar kebuncitannya. Ia berpunca daripada pengambilan makanan berlebihan sejak raya

Jangka hayat, kematian semakin dekat

ADAKAH anda bersedia untuk mati? Adakah anda bersedia untuk meninggalkan legasi? Sekurang-kurangnya mendidik atau mempersiapkan pengganti untuk syarikat, pertubuhan dan sebagainya, termasuk dalam urusan pentadbiran.

Rayakan sebulan

HARI ini hari ketujuh kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sik berasa, terutama bagi golongan muda. “Lom puas beraya, dah mula bersekolah.” Antara dialog yang kita

Seni cipta kekayaan

BAGAIMANAKAH cara hendak menjadi bilionair? Kelihatannya bagi kebanyakan kita, hal ini bukannya mudah. Ia satu impian yang sukar digapai oleh lapan bilion manusia di planet

Sampah plastik cemar lautan

KETIKA manusia membuang sampah plastik di taman atau pantai, jalan raya, aliran air – aktiviti alam membawa cebisan plastik itu melalui longkang ke sungai untuk

BERITA TERBARU

Sarawak nyadi pengeluar besai lada ba Malaysia

MINDY VELARIE CASILYSuarasarawak.news@gmail.com SERIAN: Sarawak dirikod ngeluarka 31,994 tan metrik lada ba taun 2023. Sapit Menteri Industri Pemakai, Komoditi, enggau Pemansang Wilayah (M-FICORD), Datuk Martin

Simunjan deka disikap ngena palan komersial

SIMUNJAN: Projek pemansang komersial ba sitak Simunjan bisi pengulih nyungkak ekonomi peranak lokal kelebih agi bala pedagang mit. Projek nya mungkur pengawa ngaga medan selera,