WASHINGTON: Dua suntikan vaksin Covid-19 yang dihasilkan firma bioteknologi AS, Novavax menunjukkan keberkesanan 89.3 peratus dalam ujian klinikal fasa tiga secara besarbesaran di Britain.
Bagaimanapun, firma itu mengatakan vaksin itu kurang berkesan terhadap varian Covid-19 baharu yang muncul di Afrika Selatan, yang merebak dengan cepat di seluruh dunia.
Menurut Novavax , inisiatif menghasilkan vaksin melawan varian baharu virus itu bermula awal bulan ini. Ia dijangka memilih calon yang sesuai dalam masa beberapa hari lagi, seterusnya memulakan ujian klinikal pada suku kedua tahun ini.
“NVX-CoV2373 mempunyai potensi yang memainkan peranan penting dalam menyelesaikan krisis kesihatan awam global ini.
“Kami berharap dapat terus bekerja dengan rakan kerjasama, pelabur dan pengawal selia di seluruh dunia bagi membolehkan vaksin ini dapat disediakan secepat mungkin,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat, Stanley Erck.
Sementara, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menerusi Twitter berkata, keputusan Novavax itu sebagai ”berita baik”.
“Pengawal selia ubat-ubatan kami kini akan menilai vaksin itu yang akan dilakukan di Teesside. Jika diluluskan, kami membuat pesanan sebanyak 60 juta dos,” katanya.
Vaksin itu merupakan salah satu daripada enam pilihan yang disokong projek Kerajaan AS, dikenali sebagai ‘Operation Warp Speed’, yang menyediakan dana AS$1.75 bilion (RM7.07 bilion) untuk syarikat itu.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my