Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

November atau Mac?

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

SEKARANG ini Ismail Sabri melupakan seketika makanan kegemaran, hiburan, hobi dan sudah pasti tidak mempunyai banyak masa untuk bersama-sama ahli keluarga. 

Malah tidur beliau sepanjang sebulan dua ini, lebih banyak terganggu. Mungkin ia berlarutan beberapa hari atau minggu lagi. Ia hanya akan reda sedikit sebaik Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Dan tentunya, beliau tidak rela diganggu ‘mimpi ngeri’ selepas PRU-15 nanti. Yang pasti, tidak mudah untuk menjadi Ismail Sabri, Perdana Menteri (PM) yang dilantik bukan atas dasar mandat rakyat, dan PM yang muncul di tengah-tengah kemelut politik yang sedang menggelegak, serta kemelut rakyat susulan isu ekonomi dan kesihatan (Covid-19). 

Sebaik mengangkat sumpah sebagai PM Kesembilan di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara sekitar jam 2.30 petang, 21 Ogos tahun lalu, beliau seolah-olah, seperti ‘telur di hujung tanduk’, hanya menunggu masa untuk jatuh. 

Malah ada kalangan pemimpin, terutama daripada pihak pembangkang ‘bertepuk tangan’, tanda sindiran, dan memperkecil keupayaan beliau, seolah-olah kurang layak dan mudah untuk ditewaskan. 

Namun ayah kepada peserta program realiti, Akademi Fantasia musim kelima, Dafi itu, cekal menempuhinya, dan kini sudah pun setahun sembilan hari sebagai PM. 

Walaupun bukan PM pilihan popular, beliau kelihatan berupaya menempuhinya dengan beberapa polisi baharu yang dijayakan. 

Beliau tidak mengendahkan beberapa cubaan untuk menjatuhkannya, golongan yang hanya melihat kekurangan, bukan kelebihan. 

Yang pasti, Ismail Sabri menunjukkan keberanian dan keyakinan sebagai seorang pemimpin, walaupun diserang dari pelbagai penjuru. Tidak keterlaluan untuk dikatakan, bahawa Ismail merupakan PM yang paling besar cabarannya dalam sejarah kepemimpinan Malaysia. 

Beliau memikul amanah demi negara dan maruah bangsa, cuba menyelamatkan keadaan politik ‘huru-hara’, sepanjang 22 bulan tampuk kepimpinan pembangkang dan beberapa bulan selepas itu. 

Beliau sedaya upaya untuk menjernihkan keadaan, dan sudah tentu mempunyai misi dan visi parti serta diri sendiri, yang antaranya, mahu kekal lebih lama. Banyak pertimbangan yang perlu diteliti, diperinci, dan dinilai semula sebelum membuat sebarang keputusan, lebih-lebih lagi membabitkan perkara besar yang amat penting.

Pak Mail kelihatan ‘tersepit’ dan berada di persimpangan, sama ada menuju ke haluan kanan atau kiri. Desakan demi desakan pemimpin kanan daripada ‘pasukan sendiri’, mengeruhkan lagi keadaan, kelihatan memaksa beliau untuk membubarkan Parlimen dengan kadar segera, dalam masa terdekat ini, untuk membolehkan rakyat membuat pilihan pada Oktober atau November. 

Malah, terdapat pemimpin kanan Umno sendiri melaungkan amaran bahawa, BN berpotensi kalah jika PRU-15 dilengah-lengahkan hingga tahun hadapan, signal untuk Sabri bertindak cepat. 

“Melambatkan PRU-15 seolah-olah memberi senjata kepada pihak lawan,” ujar pemimpin kanan tersebut. 

Namun ketika diajukan persoalan tersebut ketika ditanya media selepas merasmikan Perhimpunan Perdana sambutan 60 Tahun Kemas, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Ahad lalu, Ismail menjelaskan; “Tunggu… tunggu… tunggu”. Pada malam sebelumnya, beliau bersama-sama pemimpin kanan Umno berbincang dalam Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). 

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Amad Zahid Hamidi itu berlangsung dalam suasana harmoni, tidak seperti yang dijangka. 

Tiada langsung desakan terhadap beliau, untuk membubarkan Parlimen dengan segera. Mungkin beliau memerlukan sedikit lagi ruang masa dan bukannya dalam masa terdekat. 

Seperti yang beliau jelaskan beberapa kali sebelum ini, menunggu situasi dan keadaan yang lebih baik, yakni memberi kelebihan kepada BN untuk kekal memerintah selepas PRU-15. 

Malah beliau juga mempunyai perancangan yang belum dilaksanakan. Mengambil kira sokongan rakyat, Ismail menunjukkan petanda positif, apabila BN berjaya mendominasi dua Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor pada 20 November 2021 dan 12 Mac 2022. Di Melaka BN menang 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan, manakala Pakatan Harapan hanya menang lima kerusi dan Perikatan Nasional, dua kerusi. 

Di Johor pula BN menang 40 daripada 56 kerusi, Manakala Pakatan Harapan, menawan 13 kerusi, dan Perikatan Nasional hanya tiga kerusi. 

Kemenangan besar itu memberi gambaran bahawa BN dijangka akan meneruskan rentak kemenangan dalam PRU-15. Walaupun ia dikatakan, kurang meyakinkan, kerana kekurangan peratusan keluar mengundi, di samping, beberapa faktor kelemahan pembangkang, tetapi menang tetap menang. 

Ia sebagai petanda kejayaan awal Ismail, walaupun ia bukan ukuran untuk kejayaan yang lebih besar. Namun harus diingat, kejayaan BN pada dua PRN tersebut turut dibantu, bekas PM, Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang meringkuk di dalam penjara. 

Faktor Najib, membangkitkan semula gelombang biru, dalam kalangan rakyat. Walaupun ketika itu, beliau sedang dipalit isu rasuah, namun tetap berjaya menarik sekumpulan pengundi terutama melalui media sosial. Yang pasti, pelbagai pandangan tentang tarikh PRU-15. 

Wujud desas-desus bahawa Parlimen mungkin akan dibubarkan pada November susulan pembentangan Bajet 2023 yang diawalkan pada 7 Oktober depan, berbanding tarikh sebenar. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Bajet 2023 yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober akan diawalkan tiga minggu. 

Adakah Parlimen boleh dibubarkan sebaik bajet dibentangkan tanpa perlu melalui proses perbahasan atau diluluskan? Jika ya, ia bermakna PRU-15 bakal diadakan sekitar November. 

“Tidak pelik jika Perdana Menteri bubar Parlimen selepas bajet dibentangkan kerana ini pernah berlaku ketika pentadbiran pertama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Ketika itu Parlimen dibubarkan biarpun bajet belum diluluskan di Parlimen,” tegas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. 

Namun tempoh perbahasan bajet biasanya mengambil masa selama lapan minggu. Ia bermakna, PRU-15 akan diadakan tahun depan. 

Jika tahun depan, tidak mungkin Januari atau Februari, dan Mac adalah lebih wajar. Yang pasti, serba kemungkinan boleh berlaku. 

Ia adalah hak prerogatif Perdana Menteri untuk menasihati Yang diPertuan Agong.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk