ARTIKEL

Nukilan ABIZAI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ZAINAL ABIDIN SUHAILI atau nama penanya Abizai dilahirkan di Kuching, Sarawak pada 19 Disember 1966. Mula menulis sejak awal tahun 1980-an dalam bidang puisi, cerpen dan rencana sastera. Telah menghasilkan 12 kumpulan puisi dan sebuah kumpulan esei. Beliau bergiat aktif dalam Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) dan kini memegang jawatan Ketua I. Pernah memenangi pelbagai anugerah dan hadiah sastera pada peringkat negeri, kebangsaan dan serantau. Antaranya ialah Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Penulis Sarawak, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, Hadiah Sastera Selangor, Anugerah SEA Write Award 2017, Anugerah Penyair GAPENA 2018 dan Anugerah Sasterawan Negeri Sarawak 2020.

HANYA OLEH-OLEH

Kaumula berkelana

gigih mencari

dalam gumpulan kata

himpunan baca

dan untaian upaya diri.

Yang kautemui

hanyalah seberkas

oleh-oleh pemberian

bukannya Pemberi Hakiki

sendiri.

Untuk berjumpa

leburkan pejal keakuan

lenyapkan sifir pengetahuan.

Menjadi fakir

meniti takdir

belajar mati

sebelum bersemadi.

SETELAH GULA-GULA

DITELAN MULUT SELERA

Aku

hanya kulit plastik

yang dicampak

ke dalam tong sampah

setelah gula-gula

ditelan mulut selera.

Aku

tidak pernah mengeluh

kerana bejana tugasku

sudah diisikan penuh.

Gula-gula

sampai ke lubuk tujuannya

tanpa dihurungi

sekawan kuman dan kotoran.

HANYA SEKUJUR BANGKAI



Kaugigih memburu

agar orang ramai dibelai kagum

melihat aksi handalmu

meluncurkan anak panah

bermata tajam

menuju tepat sasaran.

Kemudian hasil buruan

kaupersembah ke dalam istana

mengharapkan sekalungan kurnia

namun di mata Raja

hadiahmu hanya sekujur bangkai

yang busuk tiada bernilai.

BERITA LAIN

Matinya presiden kami!

Seluruh jelata Asmaraloka dikejutkan dengan khabar liar yang berhembus sejak semalam itu. Semacam tidak percaya, rasanya baru seminggu lepas presiden mereka itu mendapat tepukan dan

Sanggar Puisi

HARUMAN RAMADAN Hirupan mewangi akrab bersama alunan suci Rempah taqwa membalut diri Ujian menahan nafsu Sepurnama Ramadan hadir Maghfirah diburu insani Mawaddah iqra itulah penyeri

Nukilan Effa Raifana

EFFA RAIFANA. Nama sebenar beliau ialah Nur Raifana Abdullah @ Deborra Michael. Kelahiran daerah Dalat, Sarawak. Berkhidmat di Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak. Bergiat aktif

Kilau Ramadan

Saat siang datang mewarnai kelaparan Betapa kemiskinan kian tumbuh di ladang Kilau ramadan menyamar lentik kehampaan Haus dan lapar mendayung saling menghayati setelah siang menuntut

Oyeng dan lelaki berwajah Bonoba

AWANG JOHARI JULAIHI menggunakan nama pena: Johari A. Julaihi, berasal dari Simunjan dan menetap di Kota Samarahan, Sarawak. Berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian

Puasa Pertama Aariqin

AIRUL AFFENDI ALI “Ayah, betul ke kalau tak puasa, tak boleh raya?. Soal Aariqin dengan dahi berkerut sambil matanya mulai mendung. Aku tersenyum. Buku yang

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,