ARTIKEL

Ahmad Noh

Nukilan AHMAD NOH

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERGILAH, ANAKKU

Pergilah, anakku

dalam pagi yang belum reda embun

kau bawa harapan dalam beg

berat oleh rindu dan doa

kenderaan tak cuma

membawa tubuhmu

ia seret seluruh kenangan

kecil kita

ke sebuah perantauan ilmu.

Kau adalah puteri tanpa takhta

berperang senyap

dengan cahaya malam dan

tangis rahsia.

Ayah tidak tinggalkan harta

hanya ada restu

sebagai bekal menuju langit

yang bakal kau bina sendiri.

MFI UNIKL Bangi

02 Jun 2026

SUATU PERLUMBAAN

Saban pagi berpenat

bukan meneka siapa yang

cepat

menuju berulang saban

tempat

pasti tiba selamat.

Dalam menyusun matlamat

janji berpegang amanat

Tika sebuah kehidupan

mengurus waktu nan tepat

seperti perlumbaan tiada

kesudahan

tiada penamat.

SASMEC Kuantan

19 April 2026

EPILOG SEBATANG PENSEL

Tubuh sebatang pensel

zahir nampak sempurna

masih cantik tajam matanya

tanpa diguna.

Tika tajam itu melakar

mencorak masa depan

tetap berubah menjadi tumpul

tiada lagi dilihat sempurna

walau telah banyak menulis

jasa.

Kita mudah keliru

dalam mencongak erti nilai

mata nafsu menghitung

kerana taasuk disifir

kebendaan

melihat erti sempurna.

Bandar Indera Mahkota

26 Februari 2026

BERITA LAIN

PEJUANG NAFKAH

Dia tidak pernah ambil tahu jika wang di saku sering berbaki cukup-cukup nyawa. Dia tidak pernah peduli kalau ringgit makin mengukuh merujuk ungkapan orang ekonomi.

GELANDANGAN

Melintasi kedai serba ada kulihаt dia berbaring santai menyesak ruang masуk ke pintu kedai pelanggan lalu-lalang memandang sinis menutup hidung. Kita ini miskin atau kaya

BERITA TERBARU

Wanita rentung dalam kebakaran

KUCHING: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Taman Kim Pang di sini, petang tadi. Jurucakap