ARTIKEL

Nukilan J.R Jel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JELISON JUPIN atau nama samaran J.r Jel/Jel berasal dari Batu 6, Paitan, Sabah. Karyanya banyak disiarkan di Mingguan Malaysia, Berita Harian, Utusan Malaysia, Sinar Harian, New Sabah Times, Harian Ekspres, Suara Sarawak, SelangorKini, Dewan Sastera, Tunas Cipta, Pelita Bahasa, Dewan Budaya, Majalah Pendidik, Harmoni, Dewan Siswa, Wadah. Beliau menyertai lebih 30 penerbitan antologi sajak di tanah air. Pencapaian terbaik sepanjang beliau terlibat dalam bidang penulisan kreatif ialah apabila sajaknya berjudul Kaizen Merdeka terpilih memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2017/2018

SETELAH TANDA

TIDAK

DITINGGALKAN

Sehelai daun

saat malam sunyi dan terasing

terlerai dari ranting.

Perlahan ia gugur

meliuk bergulir jauh dihembus

angin.

Dalam peluk embun

resah tiba-tiba mengiggil.

Seperti nyanyi pungguk yang

syahdu

hatinya pilu, beribu sesalan

mencengkam menderu

raganya meronta merayu.

Kala teringat bimbang yang

diberitakan

setelah tanda tidak ditinggalkan.

Batu 6, Paitan, Beluran, Sabah

27 Februari 2023.

Titis Hujan

Ketika dari kebun

aku kehujanan

baru benar-benar kutahu

titis hujan itu jernih

kecuali yang menetes

dari topi, baju, seluar dan kasutku

saat ia mengalir

mujur tanah masih rela menerimanya.

Batu 6, Paitan

3 April 2023.

Lilin

Lilin ada ingatan terbakar ketika dinyalakan

semula

sama sekali ia tidak memusuhi geretan

baginya nasib ialah hak api dan seulas bibir.

Batu 6, Paitan

21 Mac 2023.

Hari lahir

Belajarlah daripada sambutan hari lahir:

lilin yang dinyalakan akan dipadamkan

kek cantik yang mahal akan dipotong

segala hiasan yang berkilau akan ditanggalkan

sisa makanan di lantai akan dibersihkan

pinggan mangkuk yang kotor akan dicuci

dandan di muka akan pudar

tetamu yang hadir akan pulang

dan venue akan lengang

suiz dimatikan.

Yang sentiasa berkeroncong adalah gelap

kerana belum ada tarikh kematian.

Batu 6, Paitan

10 April 2023.

LAIN-LAIN BERITA

Angpau merah

EIZA NASHWASegamat, JohorDarul Takzim DAUN-DAUN kering menari-nari ditiup angin. Zhi Yang hanya memerhati dari jendela. Raut wajah wanita separuh usia itu kelihatan resah. Dia seperti

Nukilan HAZIQ AHMAD ZAKI

Haziq Ahmad Zaki Mohamad Zulkipli merupakan penulis, deklamator dan aktivis teater istimewa. Berasal dari Kuching, Sarawak. Mendapat pendidikan sijil dan diploma di Kolej Agama Madrasah

Menjual kolera

CLAYTON ROBERT bertugas sebagai Pembantu Penguat Kuasa Majlis Daerah Serian di Serian, Sarawak.Karya beliau tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah termasuk Mingguan Malaysia, Berita Minggu,

Sanggar Puisi

MERSARAWAK 31 Julai 2023 Sadong Jaya, Sarawak Di muara kasih Aku masih di sini memintal buih di kuku senja menghapus bayangku sendiri kerana di sana

Lampu putih

KARYA: MARYAM MAZLAN KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TAKZIM “MAI, kaulah yang pandu kereta, aku pening sangat ini. Nak buka mata pun tak larat rasanya.” Telapak

Silau kemarau

ABANG MEDIAN ABANG SAID SMK MARUDI, BARAM Silau kemarau mengelupas panas tanah merekah lembah kering terpokah dedaun kekuningan bergulungan layu tupai berdecit berlompatan mencari buah

BERITA TERBARU

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah